5 tips diet bulan puasa berat turun 6kg dalam 2 minggu

http://mamanadia.com/5-tips-diet-bulan-puasa-turun-6kg-dalam-2-mingga/

Salam 17 ramadan semua..dah 17 hari puasa dah berapa kilo berat dah turun? harini mama nak share tips diet bulan puasa berat turun 6kg dalam 2 minggu.

Tapi mesti ada yang cakap..eleh puasa memang la akan turun berat pun..apa nak tips?betul bagi anda..tapi jangan pelik ada yang tak turun-turun malah naik berat badan dia bulan puasa ni..

Apapun, mula-mula sekali janganlah kita berniat ramadan kali ni adalah semata-mata masa untuk menurunkan berat ja. Ibadah berganda-ganda dari bulan biasa tu paling penting. Cewah macam ustazah pulak

Cara diet bulan puasa memang kena ambil perhatian betul. Barulah badan bertenaga untuk buat ibadah, badan pun kurus dan sihat.

diet bulan puasa

Berbuka beramai-ramai bantu kawal makan banyak hehe

5 tips berat turun 6kg dalam 2 minggu

1. Pembahagian masa makan yang betul. Makanan ketika berbuka, makan malam ringkas (moreh selepas solat Terawih) dan ketika bersahur dengan teratur hendaklah diamalkan supaya kita tak makan berpinggan-pinggan ketika berbuka.

2. Utamakan makanan serat tinggi seperti beras perang, roti mil penuh, dan kekacang. Jangan lupa jugak sayur dan buah. Makan tinggi serat ni especially waktu sahur dapat kekalkan rasa kenyang yang lebih di siang hari dan beri tenaga.

3. Ambil karbohidrat kompleks ketika sahur – amat disyorkan bergantung kepada kuantiti. Karbohidrat kompleks mengambil masa 8 jam untuk dicernakan sepenuhnya. Ambil juga protein yang rendah Biological value (BV) yang bantu agar tenaga mencukupi. Protein rendah BV macam ikan (83), daging (80), soya (74) dan kekacang (49).

protein ketika berbuka

Antara protein yang mempunyai BV yang rendah

4. Minum air kosong dengan banyak – hah!ni paling penting. Walaupun tak semestnya air kosong, tapi lebih baik amalkan 8 hingga 12 gelas antara waktu berbuka hinggalah sahur supaya badan cukup air untuk berfungsi di siang hari. Elak ambil garam berlebihan dalam makanan atau minum kopi.

5. Amalan sunnah – Ini memang tak dapat disangkal lagi! amalkan makan 3 biji kurma dan segelas air/jus semasa berbuka. Ini dapat menyeimbangkan kandungan gula dalam darah dan beri tenaga segera kepada tubuh.

Boleh ke tak boleh amalkan 5 tips ni dulu? senang ja kan. Tak perlu nak tahan-tahan makan bagai. Pastikan ikut tips ni betul-betul, inshaAllah berat turun 6kg dalam masa berbaki 2 minggu lebih kurang ni.

Namun bagi ibu yang hamil yang berpuasa atau ibu yang menyusu yang berpuasa, make sure pengambilan makanan yang cukup supaya tak rasa letih di siang hari.

Alhamdulillah, mama dikurniakan kekuatan untuk puasa penuh 4 tahun lepas walaupun tandem nursing anak mama. Off course berat memang turun banyak.

Semoga berjaya semua, anda buat anda dapat!

Yok kurus sebelum raya!

2633 Total Views 1 Views Today

6 comments for “5 tips diet bulan puasa berat turun 6kg dalam 2 minggu

  1. July 4, 2015 at 2:18 pm

    bulan puasa kali ni saya susut 3kg dalam masa 2 minggu.
    Dr Fattah recently posted…Simptom Penyingkiran KafeinMy Profile

    • July 5, 2015 at 12:04 am

      alhamdulillah

      teringat tahun lepas boleh susut banyak gini

  2. July 4, 2015 at 3:15 pm

    rugilah bagi mereka yang berat badannya tak turun bulan puasa ni. Bulan puasa la masa yang terbaik untuk kuruskan badan..
    akmal rusydi recently posted…Cara Cerahkan Kulit Kesan Sunburn Dengan MudahMy Profile

    • July 5, 2015 at 12:05 am

      Betul tu akmal

      Sangat-sangat rugi

  3. July 5, 2015 at 5:04 am

    Huhu..segan pulak nak timbang..kot nanti mencecah berat yang idea..kesian isteri makan hati sorang2..haha
    Hafizul recently posted…Pendapatan Ke-27 Panduan Menjahit BajuMy Profile

    • July 5, 2015 at 6:12 am

      terlebih cecah ka tu hahaha..yang penting tak obes sudah huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image