5 Tips Diet Ibu Hamil Supaya Tak Minum Air Gula

http://mamanadia.com/5-tips-diet-ibu-hamil-supaya-tak-minum-air-gula/

Salam sayang buat pembaca blog mama..mesti ramai bakal ibu mula mencari tips ni kan?risau berat naik banyak sangat susah nak kurus balik nanti. Atau mungkin berat lebih kena minum air gula nanti?Tak kisah lah apa sebab pun yang penting, jom baca entry mama kali ni. 

pengedar sah shaklee gombak

Diet ibu hamil trimester 1, trimester 2 dan trimester 3

Siapa kata ibu hamil boleh makan sesuka hati? Selalu ke mana-mana ja,  panggil ja mak buyong mesti orang akan kata nah makan-makan.

So, memang bedal lah kan. Kena plak kambing golek kan musim-musim open house ni. Memang tak pusing kiri-kanak dah hehehe

Sebenarnya, nak atau tak, ibu hamil terpaksa juga kawal berat badan ni. Pada trimester pertama kehamilan, biasanya berat badan ibu hamil masih belum mengalami kenaikan yang banyak. Almaklumlah, time ni lah mual dan muntah menghantui.

Bila melangkah ja trimester kedua, saat ni janin berkembang dengan pesat dan bertambah besar. Maka dengan itu…..bermulah episod berat badan ibu yang mula meningkat dengan jayanya.

Belum lagi di trimester tiga, saat perut kian membelon makan seiring sejalanlah dengan nafsu makan yang makin membuak-buak. Yang pastinya, kelebihan orang hamil ni makan banyak pun orang tak kan nak perli punyalah! hahaha

Apapun, Allah pun dah pesan. Bersederhanalah dalam setiap perkara yang kita buat. Jadi, beringatlah sebelum nasi jadi bubur. 

Untuk itu, tips diet hamil ni sangat berguna untuk bakal ibu yang bermasalah macam mama juga ni;

1. Jangan sesekali skip sarapan

Tips ni rasanya semua maklum, even tak hamil pun jangan sesekali skip breakfast. Bagi ibu hamil lagilah jangan skip apatah lagi lewatkan.

Kalau tak, janganlah tanya kenapa kepala pening, mual-mual, dan lemas melanda.

2. Pilih makanan berserat, hindari makanan manis dan berlemak

Again, seperti sebelum hamil juga. Makanan berserat seperti sayur dan buah-buahan sangat penting saat hamil.

Serat dapat membantu dalam melancarkan pencernaan yang menjadi salah satu masalah ibu hamil jika tak mengambil serat dengan cukup.

3. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari

Sebenarnya, dengan minum air putih yang cukup, rasa lapar sedikit sebanyak dapat diatasi.Bila hamil ni, janganlah malas-malas lagi nak cukupkan 8 gelas air masak tu. Please!

Sebelum kena kencing kotor baik hindar dari awal. Pengalaman mama sendiri kena kencing kotor masa berpuasa aritu dah cukup menginsafkan huhu.

Sekilas tips minum air masak cukup 8 gelas sehari dari mama: Setiap hari isi siap-siap 2 botol air masak dalam botol air yang 1 liter tu. By hook or by crook, mama kena make sure sekurang-kurangnya 2 botol ni habis setiap hari. Settle!

4. Olah makanan dengan cara kukus atau rebus

rebus dan kukus

Pelbagaikan cara masak kali ni. Semestinya makanan dikukus atau direbus adalah the best bagi memulakan program diet ibu hamil.

Cara ini akan elak guna minyak goreng yang biasanya menjadi sumber lemak penyebab berat badan naik.

5. Buat senarai menu makanan diet

Untuk memudahkan ibu atur pola makan supaya berat badan berlebihan ketika hamil kembali normal, silalah buat senarai menu makanan harian. Sebelum pakar nutrisi di hospital buat untuk anda, buatlah awal ye.

Tampal senarai menu diet ini di bilik atau di dinding dapur atau mana-mana yang mudah untuk membaca dan menyiapkan menu diet ibu hamil. Tampal jangan tak tampal!

Jadi, bolehla start tips-tips ni. Mama doakan semoga berjaya! Peringatan mesra ini adalah untuk diri mama sendiri juga.

Selamat menjalani tempoh 9 bulan kehamilan yang penuh suka duka dan selamat mencapai berat ideal anda! 

With love,

Mama Dhiya

~ 012-5572559 ~

3682 Total Views 3 Views Today

5 comments for “5 Tips Diet Ibu Hamil Supaya Tak Minum Air Gula

  1. August 20, 2015 at 3:27 am

    Info untuk persediaan wife..thanks sharing.
    Sham recently posted…Mengandung anggur boleh jadi kanser?My Profile

  2. August 23, 2015 at 11:25 am

    memang pekat likat rasa air gula.
    Dr Fattah recently posted…Nota Latihan Separa Perubatan Bertaraf DiplomaMy Profile

    • August 24, 2015 at 5:10 am

      huhu adakah akan berulang lagi ni

  3. October 20, 2015 at 5:31 pm

    okeh.

    saya akan ikut tips diet ini.

    hehe..
    titan recently posted…Buat duit dengan Affiliate AmazonMy Profile

    • December 2, 2015 at 4:38 am

      ibu hamil? hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image