5 Tips Nak Dapat Baby Cepat Sebelum Usia Lanjut

http://mamanadia.com/5-tips-nak-dapat-baby-cepat-sebelum-usia-lanjut/

Tak sabar nak dapat baby ke?make sure dah ada ikatan yang sah ye apa-apa hal. Dah ada boleh continue entry mama malam ini.

Semua orang mengimpikan baby sendiri. Zuriat keturunan, penyeri keluarga. Ada orang mudah ja hamil, ada jugak yang tunggu lama sehingga harini masih belum dikurniakan rezeki.

Bulan baik ni, jangan lupa doa ye. InshaAllah, Allah dengar permintaan kita tu.

Sambil-sambil tu, boleh cuba usahakan tips ni

Tips cepat dapat baby

set hamil shaklee

1. Amalkan makanan seimbang

Ambil lemak mono tak tepu dan kurangkan lemak trans yang banyak terdapat pada makanan segera. Kurangkan lemak, gula dan karbohidrat termasuk nasi, mi, lain. Paling bagus lebihkan protein dan sayur.

2. Dapatkan berat badan ideal

Nampak macam tak penting kan?kalau berat badan berlebihan tambah-tambah kalau obes memang susah sangat nak preggy. Macam sorang kawan mama ni, doktor nasihatkan dia turunkan berat badan kalau nak cepat preggy.

3. Bersenam secara teratur

Bukan isteri ja yang bersenam, suami pun kena bersenam jugak tau. Ini cara terbaik untuk sihat secara menyeluruh. Ini juga penting untuk bakal ibu bagi menghadapi tekanan semasa hamil dan bersalin.

4. Ketahui waktu subur

Ni sangat-sangatlah penting. Hari subur cuma berlaku 4-5 hari sebulan ja. Bila dah tahu hari subur ni, tinggilah peluang untuk hamil.

Kenapa?waktu subur lah hari paling terbaik untuk bersama. Tak tahu nak kira atau kitaran haid tak menentu?jangan risau, boleh beli kit ovulasi di farmasi.

5. Kerap berasmara

Kerap-kerap bersama means chances tinggi untuk hamil. Kerap bersama seminggu 3-4 kali sangat disarankan. Bila hari subur, lakukan hubungan intim setiap hari.

Macamana? Nak cuba tak tips ni. Mama doakan semoga cepat-cepat dikurniakan rezeki ye.

InshaAllah mama akan kongsikan lagi tips untuk bakal mama lepasni. Stay tune =)

6595 Total Views 1 Views Today

18 comments for “5 Tips Nak Dapat Baby Cepat Sebelum Usia Lanjut

  1. July 8, 2015 at 2:02 pm

    tips untuk yang belum kawin lagi ada tak kak? hehehe

    • July 9, 2015 at 8:30 am

      Hahaha good question uncle!tunggu mama sharing utk tips org bujang plak ye.

  2. July 9, 2015 at 3:29 am

    Betul.. bila semua sihat insyaAllah telur yang terhasil pun berkualiti dan bersedia untuk disenyawakan.

    • July 9, 2015 at 8:32 am

      Be postive semuanya akan positif kan akak..hehe

  3. July 9, 2015 at 12:35 pm

    berat badan juga mempengaruhi kesuburan seseorang apatah lagi kalau yang mempunyai masalah endo.

    • August 2, 2015 at 4:17 am

      nampak macam tak percaya kan..tapi berat badan tu sangat2 penting.

  4. July 10, 2015 at 2:30 pm

    salam ramadhan, hee tips bersama yg bagus ;p

    ps. kalo skali bersama tu brapa lama kak? hihi
    3lalat recently posted…讲华语运动My Profile

    • August 2, 2015 at 4:16 am

      tq dik..soalan ke-2 tu kena atas persetujuan pasangan masing-masing ye

  5. July 11, 2015 at 2:05 pm

    info untuk mereka yang baru kahwin..saya dah ada tiga anak rasanya abaikan sahaja tip no 5..hu..hu..
    Hanafi Abdullah recently posted…Persiapan Terakhir Buat Kuih RayaMy Profile

    • August 2, 2015 at 4:13 am

      he he moga 1-4 membantu ye =)

  6. July 12, 2015 at 8:23 am

    Tips yang sangat membantu…yg 1st dgn 2nd alhamdulillah cepat…belum ada rezeki yg ketiga…
    fatyn recently posted…Rendang Paru Dan Hati LembuMy Profile

    • August 2, 2015 at 4:13 am

      inshaALlah fatyn, tak pe rest dulu sekarang pun ok tu hehe

  7. July 16, 2015 at 4:44 pm

    insyaallah kami usahakan ikut cara di atas.
    Dr Fattah recently posted…Download Nota Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    • August 2, 2015 at 4:12 am

      Usaha tangga kejayaan hehe

  8. Ain
    July 20, 2015 at 3:47 pm

    Satu perkongsian yang sangat bermakna.tq

    • August 2, 2015 at 4:11 am

      semoga bermanfaat =)

  9. July 22, 2015 at 8:05 am

    usaha tangga kejayaan… Jangan mudah berputus asa

    • August 2, 2015 at 4:10 am

      betul tu, jangan putus asa. Allah maha mengetahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image