8 Perkara Wajib REJECT Confinement Lady

http://mamanadia.com/8-info-wajib-check-sebelum-ambil-confinement-lady-atau-penjaga-pantang/

Assalamualaikum..salam hujung minggu..kenapa kena reject confinement lady (CL) atau penjaga pantang ni? jom baca artikel ni sampai habis.

Sebelum tu, Alhamdulillah syukur. Mama selamat melahirkan bayi ke-3.

Allah makbulkan doa mama dipermudahkan urusan bersalin.

Namun, rupanya Allah nak uji di kala berpantang pulak.

Ditipu dan difitnah oleh confinement lady (CL) atau penjaga pantang tatkala berpantang adalah dugaan besar. Allahuakhbar!

Suspen pulak kan?

Nak cerita panjang nanti bosan pulak, nak tau cerita versi panjang punya boleh ke sini IBU DALAM PANTANG DITIPU CONFINEMENT LADY @ PENJAGA PANTANG.

Ok, berbalik kepada perkara yang wajib reject tu, ini mama sediakan untuk bakal mama dan bakal papa sekalian untuk check.

Google sehingga ke akar umbi sebelum ambil confinement lady (CL) atau penjaga pantang nanti ok?

confinement lady (CL) atau penjaga pantang

credit to shadirabeauty.com

8 PERKARA WAJIB REJECT CONFINEMENT LADY 

1. Check SSM confinement lady (CL) atau penjaga pantang

Bagi mama, better cari confinement lady (CL) atau penjaga pantang yang berdaftar.

Walaupun yang cadang confinement lady (CL) atau penjaga pantang tu kawan baik sekalipun, pilihlah confinement lady (CL) atau penjaga pantang yang berdaftar SSM ye.

2. Mintak salinan IC confinement lady (CL) atau penjaga pantang depan dan belakang serta jelas

Di sini selain kita boleh tengok kejujuran confinement lady (CL) atau penjaga pantang.

Kalau dia benar-benar jujur dan ikhlas menjadi confinement lady (CL) atau penjaga pantang mesti dia akan bagi.

Ni juga penting supaya kita boleh back up diri kita in case ditipu.

Senang nak buat report apa-apa hal.

Tapi jangan korang buat loan pakai IC dia plak. Memang choii!

3. Mintak resit

Kebanyakan confinement lady (CL) atau penjaga pantang akan mintak deposit sebagai tanda booking atau setuju untuk ambik dia sebagai confinement lady (CL) atau penjaga pantang.

Wajib mintak resit dari dia supaya segala transaksi kita berbukti dan benar-benar berlaku.

Tak mau bagi resit?so, next confinement lady (CL) please!

4. Mintak certificate

Ha, part ni kena mintak bukan sebab apa.

Nak mengurut ni kena belajar.

Turun-temurun sekalipun, diorang mesti juga ada certificate ambik course part urut-mengurut ni.

Fahamlah, kita terbiasa ramai tukang urut ni diorang cakap turun dari moyang tok mak semua.

Nak try jugak dipersilakan.

Tapi kalau mengurut korang rasa macam baik suruh anak 6 tahun pijak, pikirlah sendiri.

5. Check fb/instagram

Mama rasa zaman sekarang ni, semua orang mahupun perkhidmantan akan promote guna medium ni.

Di sini sebenarnya fb/instagram ni membantu.

Cuba check, bila confinement lady (CL) atau penjaga pantang create fb/instagram tu.

Berapa ramai friends dia, kurang 100 reject ja lah.

Kenapa reject?Kebarangkalian fb tu fb fake ja pun untuk mengaburi mata.

Lepastu, tengok part up status, komen customer or testimoni, ado?semua ni tak dak, bye bye ja lah.

6. PM personal customer

Ni lebih kurang skodeng confinement lady (CL) atau penjaga pantang secara rahsia.

Dengan syarat ada lah dia up komen or testimoni customer dia tadi.

Korek info sebaik-baiknya.

Tanya servis dia macamana?cakap ja lebih tapi servis macam hampeh ke?asyik pegang handphone ke?asyik aibkan customer sebelum ke?kalau ada, ni ciri-ciri confinement lady (CL) atau penjaga pantang yang wajib direject. 

7. Jangan bayar habis

Secara logik, bila servis habis baru lah boleh habis bayar betul tak?

Ni bukan beli fries ke KFC yang sah-sah kena bayar habis dulu baru dapat makanan.

Pakej penjagaan confinement lady (CL) atau penjaga pantang selalunya lebih dari 3 hari.

Jadi, kalau dalam Term & Condition confinement lady (CL) atau penjaga pantang tertulis nak bayar habis sebelum habis perkhidmatan, better janganlah ambik. T&C sebegitu berat sebelah.

8. Check group penipu online 

Antara yang paling cepat nak kesan penipu.

Sekurang-kurangnya kita tak ambil terus penipu-penipu ni.

Dari penipu jual barang, servis mahupun larikan duit kutu semua ada dalam group ni.

Siap gambar, no IC dan juga no akaun penipu.

Terima kasih jugak group ni sedikit-sebanyak sangat membantu.

Kepada bakal mama mahupun bakal papa yang sedang berfikir-fikir untuk menggunakan perkhidmatan confinement lady (CL)  atau penjaga pantang ni, check betul-betul tau.

Info ni mungkin juga membantu sebelum berurusan dengan scammer-scammer lain yang tunggu ja mangsa-mangsanya di luar sana tu.

Pesanan ikhlas saya, beringat sebelum kena.

Hope tak ada ibu dalam pantang yang hampir meroyan dek ditipu confinement lady (CL) atau penjaga pantang lagi.

Kepada semua confinement lady (CL) atau penjaga pantang di Malaysia ni, saya tak kata anda semua penipu.

Profession anda dipandang mulia kerana membantu ibu yang sedang sakit berpantang.

Cuma, bekerjalah dengan ikhlas dan jujur ye, Allah nampak.

~sharing for love, mama nadia~

2859 Total Views 3 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image