Amalan bersedekah ubat panjang umur – Part 1

http://mamanadia.com/amalan-bersedekah-ubat-panjang-umur/

Bulan ramadan ni bulan belumba-lumba nak kutip pahala sebanyak-banyaknya. Tak salah nak berlumba untuk benda baik kan. Salah satunya memperbanyakkan sedekah. Tau tak sedekah ubat panjang umur?

Harini mama tergerak nak berkongsi kebaikan sedekah ni. Perkongsian ni adalah intipati catatan kuliah Dhuha oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan dari Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)

amalan bersedekah

Nabi Muhammad SAW berkata,

Aku tidak pernah melihat keadaan yang sangat huru hara seperti padang mahsyar ini..sesiapa yang selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di padang mahsyar nanti..
Dihantar sekali lagi peringatan kepada kita semua agar banyak bersedekah terutama di bulan Ramadhan..

KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?

Sebagaimana firman Allah,

Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedrkah…..” -(surah al mu’minun:10)

Sedangkan dia tidak pun berkata

Supaya aku dapat mengerjakan umrah” atau “supaya aku dpt solat” atau “supaya aku dpt berpuasa?

Seorang ulama berkata,

Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya..

Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu’min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yg telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah.

Kalaulah orang yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dpt menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam ‘tangan Allah’ sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar drp kelazatan si penerima.- Ibnu Qayyim.

Besar sungguh hikmah bersedekah  ni kan. Memang tergolong dalam golongan yang sangat rugilah kalau tak ambil kesempatan bersedekah apatah lagi dibulan Ramadan ni.

Wallahualam.

Nak tahu apa faedah bersedekah ni?nantikan sambungannya malam ni ye.

 

1981 Total Views 1 Views Today

4 comments for “Amalan bersedekah ubat panjang umur – Part 1

  1. July 5, 2015 at 8:04 am

    tak kan miskin orang yang bersedekah..itu janji Allah. Bulan puasa ni sangat digalakkan bersedekah. pahala berganda-ganda. Rugilah yang pandang remeh bab sedekah ni

    • July 5, 2015 at 8:16 am

      Setuju sangat dengan akmal..even ada 10 sen pun, bersedekahlah.

  2. Ain
    July 22, 2015 at 2:01 pm

    Biarpun jumlah yang kita sedekahkan itu kecil nilainya yang penting kita iklas kerana Allah
    Ain recently posted…OsteMatrix Bukan Sekadar Kalsium BiasaMy Profile

    • August 2, 2015 at 4:10 am

      sedekah berjuta pun kalau tak ikhlas tiada gunanya kan ain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image