Apa maksud GMO dan Non-GMO?

Mama ni memang hantu soya sejak dari kecil hingga sekarang.

Mengandungkan anak mama yang pertama, soya adalah minuman wajib sehinggalah saat melahirkan.

Secara jujurnya, mama tak pernah ambik tahu pun apakah ciri-ciri soya ni.

Yang mama tahu soya baik untuk kulit yang cantik, otak yang cerdas dan juga untuk dapat bayi yang putih gebu.

Bila mama mula ambik tahu tentang soya ni?

Mama mula mengetahui ciri-ciri soya ni bila mama mengambil ESP sebagai suplemen tambahan kerana  yang menyusu dan penat bekerja.

Baru la mama tau rupa-rupanya, soya ni ada 2 jenis..samada ianya GMO atau Non-GMO.

Jadi, harini mama nak kongsikan apakah itu Non-GMO dan GMO ni sebenarnya. 

NON-GMO

Non-GMO atau Non Genetically Modified Organism ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau senang kita faham BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN.

Samala juga pemilihan ubat dan vitamin. Tau tak apa itu vitamin sintetik dan vitamin semulajadi?

INFO LANJUT KLIK DI SINI: PERBEZAAN VITAMINSINTETIK DAN VITAMIN SEMULAJADI.

Kita semua tahu makanan yang mempunyai MSG dan pewarna tiruan tidak bagus untuk kesihatan.

Begitulah juga soya ni. Bila kita ingin membeli soya yang dikotakkan, ambil tahu bahan-bahan atau ingredientnya dan juga cara pemprosesannya.

Kalau soya yang digunakan adalah dari sumber kacang soya yang tidak organic (bermaksud menggunakan baja kimia,pestisid dan lain-lain semasa pertumbuhan dan pemprosesan) ianya sebenarnya mengandungi khasiat yang rendah TETAPI tinggi NITRAT.

Kandungan NITRAT yang tinggi inilah yang sebenarnya yang dikatakan memudaratkan mereka yang minum soya ni kerana kandungan NITRAT yang tinggi boleh menyebabkan KANSER!

Kebiasaanya minuman soya sebegini lebih mudah dihasilkan dan off course lah lebih murah.

GMO

GMO atau Genetically Modified Organism bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).

Apakah maksudnya..?

Proses pengambilan gen daripada satu spesis yang lain dengan tujuan untuk hasilkan sesuatu yang kita kehendaki dengan ciri-ciri yang diinginkan.

Dalam proses Genetic Engineering, jurutera genetik sebenarnya telah menemui kesan-kesan sampingan tumbuhan yang berciri GMO ini.

Apakah kesan-kesan sampingan tersebut?

  1. Tumbuhan berciri GMO menghasilkan toksin
  2. Memberi tindak balas dengan cuaca secara berbeza
  3. Mengandungi sama ada terlalu banyak atau terlalu sikit nutrient
  4. Menyebabkan punca penyakit atau rosak dan akhirnya mati

Tahu tak, kajian terhadap pemberian makanan GMO ini terhadap haiwan yang mengambil makanan berciri GMO ni akan mengalami…

  1. Ketumbuhan sel yang berpotensi pra-kanser
  2. Kerosakan sistem imunisasi
  3. Kebarangkalian mempengaruhi hati, otak dan testikal yang lebih kecil
  4. Hati melalui proses kemerosotan separa ataupun kepadatan meningkat
  5. Mempunyai bentuk sel nucleus yang ganjil
  6. Kehamilan palsu dan kadar kematian yang tinggi.
Mana pilihan anda, MURAH tetapi berisiko kepada kesihatan ataupun MAHAL tetapi selamat dan berkesan? Tepuk dada tanyalah hati.
13053 Total Views 3 Views Today

9 comments for “Apa maksud GMO dan Non-GMO?

  1. July 8, 2015 at 5:58 am

    Shaklee non gmo…tp still orang cakap tak elok ambil soya..tp soya kan allah yang cipta juga..semua benda kalau kita buat atau ambil berlebihan akan jadi mudarat..
    fatyn recently posted…Gastrik Mengganggu Perut Korang Semasa BerpuasaMy Profile

    • July 9, 2015 at 8:28 am

      Bersederhanalah itu paling penting kan..ubat doktor bagi pun ada aturan dia ambil bukan boleh ambik suka hati

  2. July 8, 2015 at 8:21 am

    Kena berhati-hati dalam memilih produk soya ni takut terbeli yang GMo. Tq info yang baik!

    • July 9, 2015 at 8:29 am

      Confirm non GMO shaklee punya ESP. Tak payah risau2 lagi hantu soya mcm mama ni.

  3. July 8, 2015 at 4:11 pm

    Terima kasih atas info yang menarik pasal GMO dan non GMO.. NITRAT tu macam mana ye?
    Zehn Ali recently posted…Cara Untuk Kekal ProduktifMy Profile

  4. July 8, 2015 at 11:29 pm

    Pantas saja anak saya yang berumur 2 tahun sering menderita alergi ketika minum susu. Setelah saya cek tu kemasan, ternyata mengandung GMO.
    Terima kasih mama atas infornya….
    Gianti recently posted…3 aplikasi Iphone yang bikin Ramadhan lo makin bermanfaat dan teteuup, Narsis!My Profile

    • July 9, 2015 at 8:31 am

      Alhamdulillah..itu yang sebaiknya sis.Sama-sama.

  5. July 10, 2015 at 11:00 pm

    masa anak pertama belum kenal shakle, suka minum soya gmo yag murah tu sampai berkotak-kotak beli, almost tiap2 hari minum.
    kesannya kulit anak sgt sensitif, mudah gatal-gatal sejak kecil, berbeza dengan anak ke2 dan ke3.

    setuju soya tak salah yang salah cara penghasilannya bagaimana.
    Ila Halilah recently posted…Kurang Zat Besi Juga Punca Sukar Hamil.My Profile

    • August 2, 2015 at 4:15 am

      betul tu sis..mama alhamdulillah bernasib baik anak mama yang first tak sensitif kulitnya dek berkotak2 soya dibantai masa hamil dulu..sekarang memang ESP lah pilihan mama..especially masa hamil ni hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image