Amalan bersedekah ubat panjang umur -Part 2

http://mamanadia.com/bersedekah-ubat-panjang-umur-part-2/

Alhamdulillah, semalam mama berkongsi tentang mengapa kita diunjurkan untuk bersedekah. InsyaAllah harini, mama kongsikan pula faedah bersedekah ni.

Faedah bersedekah

amalan sedekah dibulan ramadan

1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga

2) Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan

3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka

4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur

5) Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)

6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa serta dapat menggandakan kebaikan.

7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat

8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)

9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan

10) Pembawa berita gembira tentang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya

11) Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)

12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar

13) Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.

14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati

15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.

16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

17) Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan

18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh

19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian

20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung

Betulkan jawapan kepada tajuk mama?sedekah ni boleh memanjangkan umur. Jangan la bersedekah bulan Ramadan ja ya, teruskan juga lepas bulan Ramadan nanti.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang disayangi Allah. Amin.

2611 Total Views 1 Views Today

5 comments for “Amalan bersedekah ubat panjang umur -Part 2

  1. July 6, 2015 at 3:47 am

    Siapa yang yakin dengan janji Allah tidak takut untuk bersedekah.. Yakinlah sedekah bukan sahaja membersihkan hati tetapi ia menambah rezeki kita

    • July 9, 2015 at 8:20 am

      Sangat sokong,kalaulah boleh nampak pahala depan mata mesti ramai yang berebut-rebut kan

    • July 9, 2015 at 8:24 am

      Memang betul tu kan. Berlapang dada lah.

  2. July 8, 2015 at 4:06 pm

    In shaa Allah . Terima kasih kerana sharing 😀

    • July 9, 2015 at 8:29 am

      Sama-sama..semoga kita sama-sama amalkan ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image