Cara Elakkan Jerawat Teruk Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

http://mamanadia.com/hilang-jerawat-teruk-cepat/

Salam sayang..Gong Xhi!Gong Xhi! ramai yang bercuti harini..balik kampung sebab kenduri kawin sedara? pernah tak rasa malasnya nak gi kenduri..ya la..diri sendiri masih belum naik pelamin? umur dah 30 tahun ni..tapi macamana nak kawin muka jerawat teruk macam ni..sedih dan pilu hati ni kan..tapi orang kata, nothing impossible dalam dunia ni..jadi, entry fresh saya harini nak kongsi kisah seorang kawan saya ni bagaimana jerawat degil pupus dari mukanya yang gebu tu..meh tonton..silap-silap dapat kulit cantik macam Che Ta tau..

Sejujurnya, saya sendiri pernah mengalami masalah jerawat yang teruk tapi masa zaman sekolah dulu la. Off course lah memang terasa rendah diri sangat2..tapi apakan daya ditakdirkan sebegitu. Tapi alhamdulillah, dari tahun ke tahun jerawat semakin hilang. Lucu jugak bila teringat reunion sekolah selepas hampir 6 tahun meninggalkan zaman sekolah dulu.

Apabila salah sorang classmate tegur. (Yang pasti mama belum kawin lagi ye..)

Sayangnya aku tak ngorat hang dulu..

hahaha..memang nampak sangat serius kritkal kulit mama gojes ni waktu zaman sekolah kan..apa-pun, mungkin zaman sekolah dulu tak banyak ambil tahu pasal diri sangat..yang tahu belajar dan belajar..tambah lagi stay asrama mana nak kejarkan masa yang sangat tide dengan aktiviti.

muka jerawat

So, untuk manfaat bersama molek juga saya kongsikan maksud jerawat di muka yang saya kongsikan daripada blog si Gemuk ni.

1, 2 , 7 dan 8 : Jerawat berhampiran garis rambut/ dahi

Petanda: Anda mungkin stress ataupun tidak cukup tidur.

Penyelesaian: Make sure anda dapatkan tidur berkualiti iaitu sekurang-kurangya 8 jam sehari dan minum air 3 liter sehari.

3: Jerawat di dahi antara kening

Petanda: Selalunya dikaitkan dengan jantung,atau mungkin anda merasa gelisah.

Penyelesaian: Elakkan merokok, mengambil alkohol dan cuba relax.

4 dan 5: Jerawat di sisi mata

Petanda: Kebiasaanya disebabkan oleh hati yang tidak dapat berfungsi dengan baik.

Penyelesaian: Tidur sebelum pukul 11 malam setiap hari kerana proses pemulihan sel hati berlaku antara pkul 11malam hingga 4 pagi.

6 : Jerawat di hujung hidung

Petanda: Bermasalah radang perut & usus dan sisitem penghadaman berfungsi dengan lemah.

Penyelesaian: Elakkan pengamblan makanan dan minuman sejuk kerana ianya akan mengeluarkan asid ke dalam perut/usus penyebab gangguan sistem penghadaman.

5: Jerawat berdekatan lubang hidung

Petanda: Awas ini mungkin petanda masalah kesuburan ovari.

Penyelesaian: Relax!! Sertai aktiviti-aktiviti luar yang menyeeronokkan untuk mengurangkan tenaga yang berlebihan dan pengaliran darah berjalan lancar.

10 : Jerawat di pipi kiri

Petanda: Hati anda mungkin berkerja terlampau kuat yang mengakibatkan proses detoks meenjadi lambat dan lemah.

Penyelesaian: Sentiasa riang sepanjang hari dan dapatkan rehat secukupnya.

9 : Jerawat di pipi kanan

Petanda: Paru-paru berfungsi dengan lemah dan kebiasaannya disertai dengan sejuk di bahagian kaki dan tangan. Ini juga petanda awal selesema.

Penyelesaian: Tumpukan pada pernafasan dan elakkan daripada mengambil makanan seperti mangga,keladi dan makanan laut yang akan mengakibatkan alergi.

11 dan 12 : Jerawat di kawasan mulut

Petanda: Anda mengalamai masalah sembelit

Penyelesaian: Ambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan agar penghadaman kembali lancar.

13 : Jerawat di dagu

Petanda: Petanda berlakunya perubahan hormon yang selalunya diikuti dengan haid.

Penyelesaian: Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang sejuk dan gunakan produk penjagaan kulit yang mengandungi antiseptik.

14: Jerawat di leher / badan

Petanda: Kemungkinan sistem perkumuhan juga bermasalah seperti sembelit.

Penyelesaian: Amalakan pemakanan yang sihat agar toksin tersingkir dengan lebih baik.

hah! terus hadap cermin nak tengok posisi jerawat? Apa-apapun artikel ini hanyalah perkongsian untuk rujukan dan tindakan awal. Untuk tahu maklumat jelas tahap kesihatan, silalah berjumpa doktor ye =)

Anda memerlukan supplemen terbaik untuk mengatasi masalah jerawat degil? KLIK DI SINI.

Sharing is Caring

7140 Total Views 1 Views Today

12 comments for “Cara Elakkan Jerawat Teruk Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa!

  1. February 19, 2015 at 12:01 pm

    saya jarang ada jerawat, tapi gatal-gatal selalu ada.
    ikhwan recently posted…Nak Ramping Cara Mudah Dan CepatMy Profile

    • February 20, 2015 at 5:10 am

      Selalunya resdung kalau gatal-gatal ni kan?

  2. February 21, 2015 at 7:56 am

    Tak tahu pulak..setiap bahagian muka tu ada tandanya.ya…
    Sani Sini Sana recently posted…29 Tips Pemasaran FacebookMy Profile

    • February 24, 2015 at 4:54 pm

      salah satu petanda awal yang kita boleh ambil tindakan awal sekurang2nya =)

  3. February 22, 2015 at 12:52 am

    perempuan yang jarang kena jerawat memang sensitif walau sebijik je tumbuh kat pipi kan?
    maria recently posted…Wanita Selembut Dia; Ija RamliMy Profile

    • February 24, 2015 at 4:55 pm

      apatah lagi yang memang ada jerawat..lagilah mikir macamana nak nyahkan jerawat.

  4. February 22, 2015 at 6:03 pm

    Bila baca artikel ni terus rasa jerawat kat mana.. haha.. rupanya dihujung hidung.. Lepas ni nampaknya saya kena kurangkan makanan sejuk.. terima kasih info ya..
    Ain Ridzuan recently posted…MANJAKAN DIRI DI KAYU MANIS SPA, SUBANG BESTARIMy Profile

    • February 24, 2015 at 4:56 pm

      mencegah lebih baik dari mengubati ain..welcome =)

  5. February 24, 2015 at 8:36 am

    kalau ada jerawat cepat2 akak letak vitamin c, insyaAllah cepat je kecut 🙂
    akak vitamin recently posted…Teknik Pernafasan yang betul ketika bersalinMy Profile

    • February 24, 2015 at 4:57 pm

      ya betul..saya suka juga amalkan tips ni =)

  6. February 25, 2015 at 10:53 am

    masa muda-muda dulu..rajin gak la jerawat datang..

    dah tua sikit ni..jerawat pun takut nak datang. haha..
    titan recently posted…Buat Duit dengan TaskVMy Profile

    • February 25, 2015 at 10:47 pm

      amboi sampai takut ka..?ce share ce share

      haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image