Ibu hamil stress

http://mamanadia.com/ibu-hamil-stress/

Anda kini sedang hamil? Alhamdulillah, tahniah dhiya ucapkan! 
Disahkan hamil adalah saat yang paling mengujakan!
Teringat pulak masa first2 hamil dulu, perasaan bercampur baur. Ok ke aku hamil ni? Gemuk..huhu..anak tidak normal?isk..macam2 lagi la. Itulah adalah normal bagi ibu2 hamil seperti anda kerana anda mungkin akan mula rasa tertekan. Tetapi, anda harus ingat ye,tekanan atau stress adalah sama sekali TIDAK BAIK untuk bayi yang dikandung mahupun pada ibu yang mengandung sendiri. Bayi yang ibunya mengalami stress yang tinggi ketika hamil boleh menyebabkan bayi itu menjadi anak yang mudah marah kelak. Selain itu, bayi juga dikatakan sukar untuk beradaptasi dengan persekitarannya yang merupakan penentu kepada IQ. Antara sebab2 ibu tertekan adalah…

::Risau Melahirkan Anak Tidak Normal::
Merupakan salah satu punca stres terbesar di kalangan ibu. Agar kebimbangan tidak menjadi berpanjangan, anda dinasihatkan agar…
  • Sangat2 penting, sentiasa lakukan pemeriksaan secara rutin dengan doktor agar kandungan anda berada dalam keadaan yang sihat.
  • Lalui fasa kehamilan dengan fikiran yang positif dan bahagia, ambil makanan yang berkhasiat serta melakukan senaman ringan secara konsisten.
  • Minta sokongan daripada suami, ahli keluarga mahupun rakan-rakan terdekat.
  • Sentiasa meluahkan kebimbangan anda kepada suami agar anda tidak menanggung beban bersendirian.
::Suami Terpaksa Bertugas Di Luar Kawasan::
Bagi ibu2 yang mengalami situasi ini, bersabar dan berfikiran positiflah kerana yakin bahawa suami bekerja demi masa depan keluarga. Untuk mengelakkan anda melayan kesedihan hati, anda bolehlah…
  • Memanfaatkan teknologi untuk tetap menjalinkan komunikasi dan mengkhabarkan perkembangan kehamilan anda kepada suami.
  • Teknologi kini kan canggih, hubungilah suami anda melalui media sosial seperti Skype, Viber mahupun Facetime untuk berkomunikasi secara langsung.
  • Yok!Lakukan rutin seperti biasa. Sesekali keluarlah untuk beriadah dengan rakan-rakan terdekat mahupun ahli keluarga. Contohnya keluar menonton wayang atau bersantai di restoran.
  • Haaa..ni la masa gi memanjakan diri dengan melakukan rawatan di salun kecantikan. Namun begitu, pastikan produk-produk yang digunakan di salun itu tidak memudaratkan kehamilan anda.
::Risau Sangat2 Berat Badan Bertambah::
Kandungan juga memiliki beratnya sendiri. So, tak hairanlah berat anda bertambah2. Namun, pertambahan berat badan juga ada batasnya kerana jika terlalu berlebihan akan membahayakan kesihatan anda dan kandungan. Cuba…
  • Amal pemakanan yang sihat dan seimbang. Tidak perlu menggandakan jumlah makanan tetapi tingkatkan pengambilan nutrisi. Anda juga boleh mencuba mengambil cadangan SET HAMIL Shaklee dan sangat2 disarankan terutamanya jika dicadangkan oleh doktor.
  • Bersenamlah secara konsisten. Minta pandangan doktor mengenai pilihan senaman yang sesuai dengan keadaan anda yang sedang hamil.
  • Lakukan latihan pernafasan seperti yoga atau meditasi. Aktiviti ini dapat membantu ibu hamil merasa tenang sehingga ketegangan semasa proses bersalin dapat diminimumkan.
Diharapkan info-info ini dapat meredakan sedikit tekanan ibu2 hamil semua ya. Apa yang paling penting, banyak2 berdoa agar fasa kehamilan ini berjalan lancar, dihindari segala urusan & dipermudahkan segalanya. Amin…
 
“ENJOY YOUR MOMENT AS A BECOMING MUMMY!”
Untuk sebarang pertanyaan produk, pembelian produk atau pendaftaran sebagai ahli Shaklee, hubungi Dhiya Hussin 012-55725599..call/sms/whatsapp atau email suplement4us@gmail.com
 
“SHARING  IS CARING”
Truly, 
Dhiya Hussin(SID:1076601)
sms/whatsapp : 012-5572559
553 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image