Jalan-Jalan ke Farm In The City

http://mamanadia.com/jalan-jalan-ke-farm-in-the-city/


Assalamualaikum semua..dah balik bercuti ke?hari ini Kak Nard nak share cuti-cuti Malaysia haritu ke Farm In The City.

Sebenarnya, dah lama nak menjenguk Farm In The City ni. Ya lah, selain ke Zoo Negara tu nak jugak merasa ke tempat lain.

Lagipun dekat jugaklah dengan rumah Kak Nard dan paling penting kebayakkan review yang Kak Nard tengok pasal Farm In The City ni macam best ja!

So, first day Chinese New Year haritu tercapailah hasrat Kak Nard sekeluarga ke Farm In The City yeayy!

Dan off course happy la anak-anak dan mamanya dapat berjalan-jalan eh!hehehe

Sebelum gerak dah call tanya rate macamana. Kang tak pasal patah balik kot mahai gila ka apa ya dak? Alhamdulillah, ada family package yang masih dalam range harga bajet Kak Nard.

So, kami ambik Family Package RM116 (termasuk GST). Family Package ni sebenarnya untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Kenalah untuk kami sekeluarga. Ayah + Mama + Adam + Ammar. Oh ya, kanak-kanak  yang bawah 100cm free katanya. Baby  Kak Nard yang baru 11 bulan ni  kiranya free lah, yeah!

harga masuk farm in the city

Nampak ja papan tanda Farm In The City, hero-hero Kak Nard dah excited. Kawasan parking dia taklah seluas macam Zoo Negara. Jadi, parking agak pack sikit. Jadi, first come first serve.

Ok, dah masuk dalam kita bukak map!banyak check-point nak singgah tau. Total ada 22 check point. Kena make sure semua tempat pergi kalau tak rugi bayaq.

Tempat pertama yang Kak Nard pergi adalah tempat kura-kura. Pekerja dia memang akan bagi korang makanan kura-kura tu kat korang. Jadi, berani-beranikanlah suap kura-kura.

farm in the city,harga tiket farm in the city,lokasi farm in the city

Maka, bersungguh-sungguhla hero-hero Kak Nard menyuap kura-kura makan. Besar gila kot kura-kura ni. Dan disini ada pelbagai sepsis kura-kura dan penyu. Kura-kura dinasour pun ada!

Ok, next check point ke Reptile Cavern. Terkejut mak lalu tepi sangkar ular sawa subhanallah punyalah besar. Sikit lagi tinggal nak jerit. Maaplah, Kak Nard memang geli ular huhuhu

Ada kolam ikan jugak, dan sekali lagi korang dapat peluang bagi ikan makan sendiri. Makanan ikan ini ada disediakan sebelah kolam ikan ni. Korang ambik ja sorang satu.

lokasi farm in the city,harga tiket farm in the city

Anak-anak Kak Nard over excited nak tangkap ikan sendiri. Lama jugak stay kat tempat tangkap ikan ni. Al-maklumlah, hari-hari tengok ikan dah siap tangkap ja kan. Sian anak-anak mama ni huhuhu

farm in  the city

Lupa nak share awal-awal tadi. Sebelum keluar, better makan bagi kenyang sikit ye. Makanan kat tempat-tempat sini memang cekik darah sikit.

Even bagi kupon RM5 less bila membeli makanan lebih RM30, tapi bagi Kak Nard still mahal. Ya lah, kalau air 100+ botol kecil tu pun RM4 apatah lagi kalau order Nasi Goreng Ayam ya dak? Huhuhu

So, strategi Kak Nard makan kenyang-kenyang dan bawak makanan sikit dalam kereta berjaya! =)

Kalau korang bernasib baik, pihak Farm In The City ada buat demo time feeding haiwan-haiwan ni. Masa Kak Nard datang ni, sempatlah tengok Feeding Time untuk Burung Pelican.

Memang real lah mulut besar pelican ni. Anak-anak sampai balik rumah dok cerita tak habis habis pasal burung pelican mulut besar hihihi

Tempat paling best adalah…pegang ular sawa yang jinak. Jinak kot?sebab relax ja hero-hero Kak Nard pegang. Off course, Kak Nard hanya mampu melihat 50m dari tempat kejadian. Geli-geliman lah!

farm in the city,exhibition hall,lokasi farm in the city,harga farm in the city

So far, dari semua checkpoint ni dengan bagi makan dan juga bergambar, Kak Nard ambil masa 2 jam setengah lebih kurang. Dan just in time sebelum langit runtuh kiki

Keseluruhannya, menarik dan sesuai bawak anak-anak mengenali haiwan-haiwan. Bagi yang beragama Islam, surau juga disediakan. So tak payah risau nak cari tempat solat ok!  Kak Nard bagi 5 bintang!

Ni Kak Nard share contact detail, harga nak masuk Farm In The City dan juga lokasi. Jangan lupa bawak anak-anak tau.

contact farm in the city, harga farm in the city

~sharing for love,

Kak Nard

Supervisor at Shaklee Independent Distributor

Wsap: 0125572559

448 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge