Jemput Rezeki Bukan Cari Rezeki

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Rezeki harus dijemput bukan dicari..anda pernah dengar ayat ini…?

Seringkali kita sering tersilap bersungguh-sungguh kita mencari rezeki tapi sebenarnya kita hanya perlu menjemput rezeki tu..

lebih mudah..nenek saya cakap work smart not work hard..tapi bagaimana strategi menjemput rezeki tu..?

ok, special untuk anda harini, mama kongsikan rahsia yang boleh bantu anda mendapat rezeki yang melimpah ruah, insyaAllah.

Sedikit sebanyak saya kongsikan ilmu ini dari pengarang buku Mudahnya Menjemput Rezeki ye..semoga anda juga mendapat manfaat =)

Strategi menjemput rezeki

1. Mengutamakan solat. Haaa…nampak mudah kan..tapi inilah ramai antara kita buat mudah. Mari sama-sama kita ubah. Lebih baik lagi kalau kita dapat solat berjemaah. Sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan 5 keistimewaan tau..iaitu..
1. Akan diangkat kesempitan hidup di dunia
2. Akan dihindarkan daripada azab kubur
3. Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan
4. Akan melintas Titian Sirat sepantas kilat
5. Akan memasuki syurga tanpa hisab

2. Solat Cinta~Solat TahaJjud. Lebih bagus didirikan sebanyak 8 rakaat dan 3 rakaat Solat Witir

3. Mendirikan Solat Sunat Dhuha. Bilakah waktu untuk mengerjaka Sunat Dhuha? Waktunya adalah selepas terbit matahari sekadar segalah kira-kira 25 minit selepas terbit matahari dan berakhir sebelum zohor.

Wahai anak Adam! Tidakkah engkau sanggup bersolat 4 rakaat pada awal siang hari, nanti aku (Allah) akan mencukupkan pada akhir harimu itu. (Riwayat Abu Dawud)

4. Berzikir. Paling utama adalah BAGAIMAN MENJEMPUT REZEKI

5. Banyak berdoa. Berdoa itu sebenarnya satu ibadah. Pastikan anda berdoa untuk perkara yang besar dan utama untuk doa tau antaranya adalah

6. Mohon diampunkan dosa

7. Mohon taufik dan hidayah

8. Mohon redha Allah

9. Mohon agar dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab

10. Bersedekah. Hanya dengan bersedekah kita akan diselamatkan daripada bala ataupun senang cakap boleh menolak bala. Jangan takut atau kedekut untuk bersedekah kerana sebenarnya Allah dan menjanjikan, berapa pun yang kita sedekahkan, PASTI DAN PASTI akan dikembalikan lagi 10x ganda daripada jumlah yang anda sedekahkan. Let say anda sedekah RM5 bermakna, RM50 akan dikembalikan kepada anda. Mungkin tidak dikembalikan dalam duit nota RM50 tetapi mungkin anda mendapat hadiah berjumlah RM50 silap-silap lebih dari itu.

Cukup tips ni dulu mama kongsikan. Besok, kita sambung lagi, inshaAllah.

5196 Total Views 3 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image