Ngeri ke sakit buang implanon?

http://mamanadia.com/ngeri-atau-sakit-buang-implanon/

Pengalaman buang implanon

Salam sayang semua..tak sabar nak share pengalaman buang implanon minggu lepas ni..mesti ramai nak tau pengalaman ni kan..?takut ke?takut ke?

Normal lah tu..sebab..mama pun memang seorang yang sangat2 penakut bab-bab sakit ni..eleh dah beranak dua tak kan takut lagi?Yes, memang masih takut huhu..masa nak bersalin dari bukak 3cm ke 10cm tu memang mama nangis ja..punyalah penakut dan tahan sakit..tapi degil tu..tak nak ambik epidural jugak2..hahaha..kadang-kadang malu jugak dengar kawan-kawan lain cerita relax ja tak nangis..apa nak buat huhu

Ok, balik ke topik asal..mama decide nak buang implanon kali ni di hospital private ja..reason dia sebab nak cepat dan kebetulan harganya tak lah semahal mana..tiba waktu dan saatnya iaitu selepas 3 tahun menahan kisah suka duka memakai implanon sampailah jua detik dan ketikanya..

Ibu Hamil Sihat & Cergas

 

Alhamdulillah, dipertemukan dengan seorang doktor perempuan yang sangat baik dan memahami. Dr. Zana Zalinda namanya. Sekarang beliau bertugas di Gombak Medical Centre..memang terbaiklah doktor ni..dari mama mengandung anak pertama, bersalin anak pertama then mengandung anak kedua dan bersalin anak ke dua beliau lah melayan kerenah penakut mama ni..so, disebabkan mama ni tak de pengalaman lagi buang implanon, memang muka mama dah pucat lah bila nak buangnya..

Sebelum tu, sebenarnya implanon adalah kaedah perancang keluarga ke-2 yang mama gunakan..sebelum preggy kali ke-2, mama ambik noriday..sebab masih menyusukan anak sulung..tapi, mungkin cara pengambilan tak berapa punctual kot, maka tak menjadi bagi mama..alhamdulillah, dengan pemakaian implanon ni paling selamat untuk mama daripada hamil anak ke-3 dalam masa 3 tahun ni..

Prosedur buang implanon

 

Tak dela syarat apapun Dr. Zana kenakan untuk buang implanon ni..syaratnya hanya datang weekday ja..al-maklumlah nak jugak guna khidmat beliau kenalah mama ikut kan..dari syarat2 lain contohnya kena tunggu hari ke-5 haid lah tak perlu sangat pun kata Dr. Zana..suka sangat Dr. Zana ni..so simple dan buat hati mama tenang ja..

Rengat ketika pantang

 

Ok.. ni lah step-step yang penuh suspend tu..

  1. Firstly, off course lah dibiusnya lengan mama ni. 2 kali bius tau..gara-gara sebab mama dah gitau Dr. Zana tak mau rasa sakit..tapi sebelum mama cakap pun Dr. Zana dah tau soalan mama tu heheh
  2. Tunggu hingga mama dah tak rasa sakit..barulah Dr. Zana hiris sikit je lengan mama di lokasi betul-betul hujung implanon dipasang..terasa la jugak Dr. Zana buat something kat tangan tapi tak lah rasa sakit sebab dihiris tu..
  3. Step ni paling penting..saat mengodek-ngodek implanon dibawah lengan untuk dibuang..sebenarnya, part ni paling menguji kesabaran Dr. Zana dan off course kalaulah mama dapat kongsikan video bersama kalian benda pertama yang keluar dari mulut mesti akan cakap…

    Ya Allah, ngerinya!

  4. Lebih kurang 5 minit mengodek-ngodek untuk keluarkan implanon yang panjangnya lebih kurang 4cm ni akhirnya berjaya dikeluarkan.. Lap balik darah-darah yang menitik then balut macam biasa. No jahit at all!
  5. Balutan ni dibiarkan dulu takut darah terkeluar dan buka balutan jahit lepas 24 jam kata Dr. Zana..tapi mama tak cukup 24 jam pun dah bukak..alergik cket pakai balut lama-lama..
  6. Secara keseluruhannya, dari step bius hingga ke buang implanon dan balut lengan lebih kurang 15 minit ja bagi mama =)
implanon mamanadia

inilah implanon yang tertanam 3 tahun di bawah lengan mama…

 

Kata Dr. Zana, sebenarnya setiap orang masa yang diperlukan kemungkinan tak sama..mama bertuah kerana tak perlukan masa yang lama..nasib baik..kalau tak silap-silap meraung kot kalau ubat bius dah hilang..

Lokasi pemasangan implanon dulu dan juga jenis implanon yang dipakai mempengaruhi masa yang diperlukan untuk mengeluarkan implanon..Itu soalan pertama Dr. Zana masa mama inform nak buang implanon..jenis implanon yang dipasang sekarang kalau tak silap, dipasang hampir tak perasan kewujudannya di lengan..compare dengan masa mama pakai dulu (tahun 2012) still rasa kalau disentuh..kesukaran untuk cari kedudukan sebenar implanon masa nak buang implanon adalah sangat tinggi..bukan nak menakutkan, hanya berkongsi ye ibu-ibu.

Boleh ke ibu hamil meneruskan penyusuan???

 

Secara keseluruhannya, tak sakit pun buang implanon ni rupanya hai..dan tak ngeri langsung pun..rasa sendiri baru tahu..rupanya Dr. Zana hiris tak sampai 1cm pun!memang sangat2 teliti lah..patutlah tak perlu jahit..lepas 4 hari dah kering dah luka..alhamdulillah..mama rasa sangat-sangat release lepas buang implanon ni..bukan release untuk next ye, banyak kisah suka duka ooo sepanjang 3 tahun pakai implanon ni..nanti mama sharing kisah suka duka pakai implanon ni plak ok?

“Genap 3 tahun maka genaplah mama menyusukan si kecil sayang ni..alhamdulillah diberikan kekuatan untuk menyusukan ammar sehingga 3 tahun..walaupun tidak sampai 4 tahun seperti abang, mama harap tanggungjawab mama telah mama jalankan..semoga anak-anak mama membesar dengan sihat, dan berjaya dunia akhirat”

~sharing is caring~

Mama Nadia

8243 Total Views 7 Views Today

30 comments for “Ngeri ke sakit buang implanon?

  1. April 11, 2015 at 4:39 pm

    Lelaki blh kena implanon jugak ke? Produk sama juge ke?
    KERJA KOSONG TERKINI recently posted…KERJA KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANUMy Profile

    • April 11, 2015 at 5:08 pm

      hehehe..implanon perempuan ja yang pakai..suami tak perlu buat apa2

  2. April 11, 2015 at 4:49 pm

    dengarnya macam ngeri la jugak. hoho
    titan recently posted…Sleepless in the NIGHTMy Profile

    • April 11, 2015 at 5:10 pm

      Hehe kalau boleh share videonya mesti akan cakap ngeri jugak

  3. April 11, 2015 at 5:22 pm

    Erkk..huhu..baca pon dah seriau.. samalaaa.takut sakit.. rasa sakit beranak tu xnak ingat dah.. hahaha..yoorin xde ambil prancang buat masa ni.. sendiri je..
    yoorin recently posted…Product Review : Whitening Intensive Booster Skincare My Beauty HerbsMy Profile

    • April 11, 2015 at 6:01 pm

      kalau boleh sendiri itu lebih baik. good luck..!

  4. Niny
    April 12, 2015 at 6:36 am

    pengalaman sendiri rasa tak sakit..tapi sakit tu subjektif..

    Petua Kulit Kering Dan Menggelupas

    • April 13, 2015 at 9:31 am

      heheh..kalau jenis penakut xsakit pun risau sakit ni

  5. Syira Ishak
    April 12, 2015 at 6:55 am

    sy pertama kali dengar ttg implanon..mgkin tak trbaca2 dari mana2 sumber lg kot.tengs sis..kalo bole crita la lg pengalaman tuu

    • April 13, 2015 at 9:31 am

      inshaAllah..tungguuuuu

  6. April 12, 2015 at 7:56 am

    Memang takut dengar. Inilah pengorbanan seorang isteri. Nasib baik Mek ila cuma merancang sendiri.
    Mek ila Jual Vitamin recently posted…Sembelit Masalah Genetik ?My Profile

    • April 13, 2015 at 9:32 am

      Mek Ila..itu paling baik!

  7. April 13, 2015 at 2:15 am

    Ada effect pape tak selama mamanad guna implanon ni? Ummi pun tengah planning gak ni…:)
    Ummi Tokei Vitamin recently posted…Kenapa Baby Suka Menggigit!!!My Profile

    • April 13, 2015 at 9:32 am

      off course dear..nantikan perkongsian mama selanjutnya…

  8. April 13, 2015 at 9:42 am

    memang bercadang nak pasang implanon ni. Kalau ambil pil tu, agak tidak konsisten. Thanks for infonya, memang tengah selidik pengalaman peribadi orang ni.
    Mama Hantek recently posted…Morning sickness – apa puncanya?My Profile

    • April 13, 2015 at 9:51 am

      semoga membantu ye sis..

  9. April 14, 2015 at 5:49 am

    Ooo macam tue ye bentuk implan tue.
    Saya memang rancang secara natural.
    Sebenarnya takut bab nak masuk apa-apa dalam badan untuk rancang keluarga.
    AZENI AHMAD recently posted…Wanita dan Keju Berkait Dengan Kurang Produktif: Fakta ataupun Sebaliknya?My Profile

    • April 14, 2015 at 3:59 pm

      betul tu azeni..selepas pengalaman ini, mama rasa natural itu adalah lebih baik huhu

  10. April 15, 2015 at 12:42 am

    belum pernah pakai implanon sebab jenis penakut..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…6 Penyelesaian Untuk Puting Buta: Bolehkah Menyusu Badan Selepas Itu?My Profile

    • April 15, 2015 at 10:43 pm

      heheh samalah kita MJ..tapi kalau boleh usaha natural pilih yang natural terbaik MJ

  11. April 15, 2015 at 1:11 am

    lihat gambar je dah ngeri apalagi kalau lakukan sendiri

    • April 15, 2015 at 10:43 pm

      nampak macam ngeri sikit lah..tapi ok ja rupaya hehe

  12. April 15, 2015 at 4:38 am

    kata orang kalau nak rancang next hamil pas ni mudahlah tapi tengok gak orang tu haid normal atau macma mana hu..
    suri recently posted…Panduan Anak Tidak Minta Beli Barang Mainan KedaiMy Profile

    • April 15, 2015 at 10:44 pm

      huhu kalau nak capat part effect, semua mama rasa sepanjang 3 tahun tu suri..serik pun ada ni ha

  13. April 18, 2015 at 11:30 pm

    okeh.

    bunyinya memang ngeri.
    ohcikgu recently posted…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015My Profile

    • April 19, 2015 at 10:49 pm

      hehehe..untuk mama janji realitinya tak sakit

  14. June 5, 2015 at 1:55 am

    Kalau dpt doktor yg baik yg mampu menenangkan kita, tentu hati lebih lega dan yakin dan kurang stress..
    Hairul Hissam recently posted…Persediaan Sebelum Bersara dan Berhenti Kerja Dgn Bisnes Makanan. Testi Bekas Pembeli Minta Diskaun Lagi.My Profile

    • June 5, 2015 at 5:48 am

      sangat penting tu,especially utk wanita yg ada batasan dia

  15. August 1, 2015 at 5:18 am

    Ngeri juga pengalaman pasang impaln ni tapi kalau itu cara terbaik memang tidak ada pilihan

    • August 2, 2015 at 4:09 am

      nampak cam ngeri tapi tak ngeri langsung pun secara pribadinya hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image