Officemate ku dan oat

http://mamanadia.com/officemate-ku-dan-oat/

Assalamualaikum semua..harini mama nak ke outstation..disebabkan dah tertinggal flight, meh mama share sikit kisah office mate mama ni dulu..kisah officemate mama yang suka makan oat.

Umum rasanya semua orang tahu oat ni sangat-sangat bagus untuk kesihatan. Begitu juga dengan officemate mama yang sorang ni. Memang boleh kata hantu oat.

Lebih surprise dia ambik oat ni waktu lunch! Adeh, memang la maintain kurus ja la dia ni..Mama?of course lah yi mee kungfu tak pun bihun sup harus masuk perut ni. Nak jugek nampak jaga makan kan. 

10 manfaat oat yang WAJIB ambil tahu

Sebut oat mesti ingat jantung kan..?memang betul oat sangat baik untuk kesihatan jantung kita. 

Tahu tak untuk menjaga kesihatan jantung, kita hanya perlu ambil sekurang-kurangnya 70g oat setiap hari?

Sekarang ni dah ramai pakar pemakanan dan diet mula menekankan pengambilan oat sebagai rumusan paling semulajadi untuk menjaga kesihatan sekaligus cegah penyakit jantung.

Secara jujurnya, arwah mak mama pun menghidap penyakit jantung ni. Memang kena operate jugak lah. Gerun mama. Jadi, mama pun amalkan juga oat ni tapi oat yang lebih sedap dari Quaker oat tu.

Ok, berbalik kepada manfaat oat tadi, fakta berikut mungkin perlu sama-sama mama kongsikan yang mama dapat melalui pembacaan di akhbar Utusan Malaysia:

1. Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri yang menjadi punca utama penyakit jantung. 

2. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

3. Oat jugak membantu menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

4. Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan kita mengunyah dan menelan. Bila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

5. Serat dalam usus kecil pula membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

6. Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

7. Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

8. Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

9. Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

10. Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. 

Walaweh..setakat ini dulu manfaat yang mama dapat kongsikan. Yang pastinya ini pun dah memadai bagi mama dan pembaca blog mama yang prihatin kesihatan untuk mula konsisten amalkan oat. Mencegah lebih baik dari mengubati orang kata. 

p/s: Lupa nak cerita tadi, officemate mama tu sebenarnya adalah seorang lelaki ye. Malu pulak rasa diri ini bila ditegur untuk amalkan oat ni hehehe. Siap bagi resipi dan cadangan beli oat yang sesuai lagi. Officemate mama seorang journalist yang bakal berhenti kerja bulan depan. Ada masa jenguk blog dia www.fadzaandninatravel.wordpress.com. 

Till meet again. Sharing is caring for me.

mamanadia

2606 Total Views 1 Views Today

10 comments for “Officemate ku dan oat

  1. June 10, 2015 at 5:53 pm

    tak berapa gemar makan oat.

    nestum atau horlicks je leh terima. hehe
    titan recently posted…Yeo’s Sitkom Blog ContestMy Profile

    • June 13, 2015 at 3:04 am

      mama pun boleh telan horlicks n nestum..beli oat jenuhla tak habis-hanis lagi ni ha

  2. June 15, 2015 at 7:21 am

    wah terima kasih atas perkongsian ttg kebaikan oats.
    nak mkn oats ni kalau skali ngan milo baru bes hihihi. tak pon mkn rolled oats
    Leyha recently posted…5 Vitamin penting untuk kulit cantikMy Profile

    • June 16, 2015 at 2:08 pm

      saya suka yang biskut oat tu..welcome sis..

  3. June 15, 2015 at 3:27 pm

    nakan oat sahaja..memang bagus tu..memang menten slim la tu

    • June 16, 2015 at 2:09 pm

      en hero suka makan oat?ofismate saya tu lelaki hehe

  4. June 18, 2015 at 11:04 pm

    sebut pasal oat ni teringat abah yang makan oat masa dalam sakit. itu je yang boleh buatkan perutnya terisi..

    • June 26, 2015 at 1:35 am

      oat mmg bantu mengeyangkan.

  5. Ain
    July 1, 2015 at 4:29 pm

    Oat memang sarapan ringkas dan berkhasiat.saya suka ot.

    • July 2, 2015 at 2:57 am

      hah ain boleh geng ofismate mama ni

      sampai lunch pun ambil oat ja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image