Pembayaran Bonus Penjawat Awam Hari Ini, 3 Januari 2017

http://mamanadia.com/pembayaran-bonus-kerajaan-3-januari-2017/


tarikh pembayaran bonus kakitangan kerajaan

Dah check bonus belum tu? hari ini hari yang ditunggu-tunggu hihihi

Alhamdulillah, bonus nad selamat masuk akaun. Tapi tak sampai 5 minit dah selamat bayar itu ini.

Al-maklumlah musim baru naik sekolah ni, macam-macam keperluan anak-anak nak settle.

Keperluan mamanya ni??? tunggu bonus ayahnya bulan 3 nanti ye hihihi

Apapun, rasanya dah lama bonus kerajaan dibayar RM500 ni. Pernah jugaklah merasa bonus sebulan tapi zaman bila pulak la nak merasa balik ya dak?

Apapun bersyukurlah, Malaysia masih aman. Anak-anak pun dah selamat sampai dan mula bersekolah, alhamdulillah.

Saja nak recap imbau kenangan bonus kerajaan yang pernah diberikan tahun-tahun sebelumya =)

Bonus Kerajaan Penjawat Awam
1993 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM400)
1994 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1995 – Bonus satu bulan gaji (minima RM600)
1996 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1997 – Bonus satu bulan gaji (minima RM700)
1998 – Bantuan Khas Kewangan RM400
1999 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam (minima RM1000)
2000 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM500)
2001 – Bonus setengah bulan gaji (minima RM1000)
2002 – Bonus satu bulan gaji (minima RM1200)
2003 – Bonus satu bulan gaji kakitangan awam
2004 – Bonus satu setengah bulan gaji penjawat awam (Gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2005 – Satu setengah bulan gaji (gaji jika kurang RM1000. Lebih RM1000 satu bulan minima RM1500)
2006 – Bonus dua bulan gaji (gaji jika kurang RM750. Lebih RM750 satu bulan minima RM1500)
2007 – Tiada Bonus penjawat awam (Kenaikan Gaji dan Cola)
2008 – Bonus satu bulan gaji penjawat awam (minima RM1000)
2009 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2010 – Bantuan Khas Kewangan RM1000
2011 – Bonus satu bulan gaji kakitangan kerajaan (minima RM1000)
2012 – Bonus satu setengah bulan gaji (kakitangan kerajaan (minima RM1500)
2013 – Bantuan Khas Kewangan RM500
2014 – Bayaran khas RM500
2015 – Bayaran khas RM500
2016 – Bayaran khas RM500
2017 – Bayaran khas RM500

Doakan tahun depan rezeki penjawat awam melimpah-ruah macam tahun 2006 dulu, amin.

Rasa perlu pendapatan sampingan tanpa keluarkan modal?boleh hubungi nad.

Bisnes dihujung jari macam Shaklee ni memang nad suka. Tak perlu keluar menjual apatah lagi ke pejabat pos barang. Hanya duduk depan laptop order je. MUDAH, CEPAT dan JIMAT.

Nak COD Shaklee area Gombak? jangan lupa hubungi Nad =)

~Sharing for love~

Pn. Dhiya Hussin
Pengedar Sah Shaklee Gombak (ID:1076601)
call/sms/whatsapp: 012-5572559

 

624 Total Views 2 Views Today

2 comments for “Pembayaran Bonus Penjawat Awam Hari Ini, 3 Januari 2017

  1. shamrizal
    January 3, 2017 at 7:31 am

    Sapa la pm tahun 2006…. boleh bg bonus 2 bulan…. hebat2…..

    • January 3, 2017 at 7:51 am

      kan..nad pun masuk kerja 2009..tak merasa lagi huhu

Leave a Reply to shamrizal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge