Perlu sangat ke asid folik ni?baby besar la bersalin nanti!

Mentang-mentanglah dah buang implanon..entry mama lately berkisarkan kehamilan ja..heheh..assalmualaikum semua..harini sebenarnya teringat sangat2 nak berkongsi berkenaan kepentingan asid folik kepada ibu hamil ni..pendek kata asid folik untuk ibu hamil ni tak boleh dipisahkan..

Peringatan ni untuk diri sendiri jugak sebenarnya sebab dulu abaikan pengambilan asid folik ni untuk anak ke-2..ya la, gara-gara ikut kawan dan tak sanggup nak bersalin baby besar..nak dijadikan cerita pulak kebetulan anak sulung masa bersalin berat 3.5kg..so fikir betulah kot, tapi si adik keluar 3.4kg..beza 0.1kg ja..baik mama amalkan ja asid folik dulu..padan muka mama hahaha

Sebenarnya pada trimester pertama, makan adalah untuk menambah tenaga dan ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori sahaja setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri. Dan paling penting semasa hamil ni perlu mengambil asid folik.

Kenapa perlu sangat ambik asid folik ketika mengandung ni?

 

Sebenarnya, banyak kajian yang cerita pentingnya asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun, malangnya ramai wanita especially ibu hamil tidak tahu penambahan pengambilan asid folik sangat-sangat penting apatah lagi perlu mula diamalkan tiga bulan sebelum mengandung.

Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect atau NTD. Mengikut kajian, pengambilan asid folik membantu mencegah kecacatan ini sebanyak 50 peratus sehingga 70 peratus daripada berlaku

Asid folik penting untuk pembinaan sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang manakala satu kempen pernah dijalankan di Amerika Syarikat untuk memberikan kesedaran kepada wanita mengenai kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu hamil.

akibat asid folik kurang

Inilah salah satu akibat kurangnya pengambilan asid folik ketika hamil..sian baby..

Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan diperkaya dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 mikrogram atau 0.4 miligram setiap hari pada dua hingga tiga bulan sebelum merancang hamil dan ketika hamil.

Sumber asid folik juga boleh diperoleh daripada makanan barli, daging lembu, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum dan bijirin. Tapi ada sesetengah ibu hamil yang mengalami alahan teruk ketika hamil kan..?means memang tiada pilihan, anda WAJIB amalkan asid folik.

Tapi jangan tak ambik kisah pulak pasal makanan yang tak elok diambil oleh ibu hamil, ini antara makanan yang perlu dielakkan ibu hamil:

 Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.

 Makanan laut yang tidak dimasak dengan sempurna.

 Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan sup dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutama bagi makanan laut bercengkerang, daging dan telur.

 Hati serta organ dalaman haiwan perlu dielakkan kerana berkemungkinan mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi yang sedang membesar.

Konklusinya, ibu-ibu yang merancang untuk hamil, yang sedang hamil mahupun masih mencuba pelbagai alternatif untuk hamil..nasihat mama, banyakkan membaca untuk menambah ilmu supaya kita tidak membahayakan zuriat keturunan kita..apatah lagi yang menunggu lama dan mencuba pelbagai alternatif untuk hamil..peringatan untuk diri mama yang lalai ni juga..wallahualam..

~sharing is caring~

mama nadia

2 comments for “Perlu sangat ke asid folik ni?baby besar la bersalin nanti!

  1. May 6, 2015 at 9:31 pm

    jangan ambil berlebihan sudah la.

    makan sikit-sikit setakat pelepas ngidam sudah la.
    titan recently posted…Padan muka saya, kan?My Profile

    • May 15, 2015 at 3:27 am

      yang penting memang kena ikut aturan..tapi, jangan tak ambil langsung. Bahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image