Perlu sangat ke berpantang?

http://mamanadia.com/perlu-sangat-ke-berpantang/

Set Pantang Nona Roguy, Set Pantang Salindah, Set Pantang Sendayu Tinggi, Set Pantang Tanamera..walaweh..perlu sangat ke berpantang ni..tambah-tambah banyak sangat set pantang sekarang ni sampai pening nak pilih.

Kenapa perlu berpantang

Selepas melahirkan anak, salur reproduktif ibu akan menjalani proses pemulihan. Tisu yang melecet dan radang akan beransur pulih.

Jahitan dalaman mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk pulih dan jahitan luar pula antara 7-14 hari untuk pulih.

Jika ibu menjalani prosedur pembedahan Ceasearean untuk melahirkan anak, pemulihan luka melebihi tiga minggu.

Tidak hairan jika purata angka 100 hari diberi sebagai waktu pantang sebelum isteri boleh melakukan semula hubungan seks.

Bagaimanapun, ibu-ibu disyorkan menjalani pemeriksaan fizikal dan kesihatan seksual enam minggu lepas bersalin untuk doktor pastikan anggota reproduktifnya pulih dan parut kulit tidak radang sebelum doktor memberi kata putus, sama ada suami isteri boleh melakukan hubungan seks.

Apapun pun set yang kita pilih, bagi mama back to basic sebab kita ambil set pantang tu. Setiap set pantang off course ada kekurangan dan kelebihan masing-masing.

Yang paling penting, tujuan kita perlu amalkan set pantang berikut mungkin boleh sama-sama kita renungkan.

1. Sangatlah penting untuk rawat luka dalaman dan cegah badan dari masuk angina, elak bentan dan meroyan,tumpah darah,rahim jatuh dan macam-macam lagi penyakit yang boleh di alami oleh ibu bersalin jika tak berpantang dengan betul dan tak jaga permakanan.

2. Kebanyakkan bakal ibu sekarang lebih suka berpantang cara moden. Maknanya banyak amalan pantang larang orang tua dulu kita tak amalkan contohnya air akar kayu. Sekurang-kurangnya dengan pengambilan set pantang ni mampu membantu daripada tak de langsung

3. Memudahkn para ibu guna untuk rawat diri masa berpantang. Kebanyakan set berpantang tersedia sekali param untuk perut,pilis untuk dahi,minyak panas untuk urutan badan,tungku untuk Rahim dan juga pil/suplemen/jamu..

4. Membantu mencepatkan penyembuhan luka jahitan dan beri tenaga semasa dalam pantang kerana biasanya ibu dalam pantang lemah bdnnya..kalau tak de tenaga camane nk jaga baby kan.

Mama secara jujurnya, sangat sesuai dan suka sangat dengan Set Berpantang Shaklee. Kenapa ye? Ini antara reason mama.

set pantang shaklee

1. Susu bertambah pekat dan tak cair. Mama tandem nursing dulu so memang sangat perlu kuantiti susu yang banyak.

2. Anak bambam giler kerana dapat menyusu dengan kenyang

3. Cepatkan penyembuhan luka jahitan dan memberi tenaga semasa pantang

4.  Badan bertenaga dan rasa segar ja walaupun ada masa berjaga malam menyusukan baby

5. Kulit lebih halus dan lebih putih dan ceria

6. Badan maintain kurus selim melim

Pesanan mama, paling penting berpntang cara moden mahupun tradisional memang sangat perlu. Jangan abaikan kerana ini untuk kebaikan ibu juga.

Badan nak pakai lama..teringat pesan tok mama..masa berpantang biarla berpantang betul-betul. Jgn esok lusa nyesal badan mengelebeh.. Suami komplen la..itu paling bahaya

Pengalaman mama sendiri bertanya dengan seorang mak cik ni masih awet muda walaupun umur dah 55 tahun dan masih lagi bergetah mengalahkan anak dara. Bila ditnya memang dia amalkan berpantang betul-betul. Tak kan mama nak tengok je.

Yang perlu dielak, elakkan. Yang harus diamalkan, amalkan. Jadi untuk berpantang insyaAllah tahun depan ni memang mama amalkan set berpantang betul-betul. Mama sangat takut sakit ye!

so sweet to share

~mamanadia~

3860 Total Views 1 Views Today

10 comments for “Perlu sangat ke berpantang?

  1. July 3, 2015 at 6:33 pm

    penting la.

    bagi aku, pantang ni nak bagi bini rehat dan rileks.

    so..set-set pantang ni, memang banyak membantu banyak benda.
    titan recently posted…Duit RAYA dari KlikjerMy Profile

  2. July 5, 2015 at 10:46 am

    Berpantang memang perlu agar kesihatan ibu dimasa akan datang tidak ada sebarang masalah. Saya mengamalkan set berpantang shaklee masa melahirkan anak kedua. Memang best dan rasa bertenaga.

    • July 9, 2015 at 8:20 am

      Sangat penting pantang betul. Badan nak berkhidmat lama lagi ni huhu

  3. Ain
    July 21, 2015 at 4:03 pm

    Satu info yang sangat berguna.tq

    • August 2, 2015 at 4:11 am

      welcome dear. Semoga bermanfaat.

  4. September 12, 2015 at 3:15 am

    Wajib berpantang walaupun ada sesetengah ibu tu langsung tak ‘berjahit’..dah namanya lepas bersalinpasti banyak urat yang putus kan..
    Noriza Rahman recently posted…Pilihan Protein untuk Seisi Keluarga Mengekalkan Diet SeimbangMy Profile

    • September 20, 2015 at 9:05 am

      Sangat terkejut ada yang buat tak kisah part ni..sayangilah badan sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image