Perlukah Vitamin & Supplemen Untuk Ibu Hamil?

http://mamanadia.com/perlukah-vitamin-supplemen-untuk-ibu-hamil-2/

Apabila disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi bayi yang bakal dilahirkan.

vitamin ibu hamil

Antara soalan popular yang sering ditanya oleh ibu hamil berkaitan keperluan pengambilan vitamin atau suplemen kesihatan adalah..

Apakah vitamin atau suplemen kesihatan yang sesuai semasa kehamilan?

Adakah perlu ibu hamil mengambil sebarang vitamin ataupun suplemen kesihatan sepanjang kehamilan?

Menurut sumber yang diperolehi dari Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu hamil adalah dinasihatkan agar mengambil makanan daripada pelbagai sumber nutrient yang diperlukan oleh ibu dan bayi dalam kandungan.

Ini bagi memastikan agar bayi dalam kandungan mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan. Ia juga bagi memastikan ibu mendapat tenaga yang diperlukan sepanjang kehamilan.

Walau bagaimanapun,terdapat sesetengah ibu hamil yang tidak dapat memakan makanan yang mengandungi nutrien tertentu atas sebab alahan, mual-mual atau loya, muntah yang teruk, dan sebagainya.

Oleh sebab itu, pengambilan suplemen vitamin adalah disarankan bagi melengkapkan keperluan nutrien yang diperlukan, bukan sahaja untuk ibu malahan untuk tumbesaran bayi dalan kandungan.

Pengambilan vitamin dan suplemen kesihatan semasa hamil digalakkan kerana dapat mengurangkan risiko kecacatan bayi, kelahiran pramatang dan kekurangan berat bayi.

Apakah vitamin dan suplemen kesihatan yang penting bagi ibu hamil? Secara amnya, ibu hamil disarankan mengambil vitamin dan suplemen mengikut keperluan dirinya atau saranan daripada doktor dan ahli farmasi.

Beberapa vitamin dan suplemen yang biasanya perlu di ambil oleh ibu hamil adalah:

1) Asid Folik

Asid folik merupakan suplemen yang paling penting terutamanya semasa trimester pertama kehamilan. Pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural).

Kecacatan tiub neural iaitu spina bifida berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Dalam sesetengah keadaan, dos asid folik yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5mg mungkin akan disyorkan oleh doktor. Sebagai contohnya:

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.

2) Zat Besi

Ibu hamil biasanya akan menjalani ujian darah yang akan menunjukkan sama ada kandungan zat besi dalam badan mencukupi ataupun tidak.

Jika kandungan zat besi ibu hamil rendah, suplemen zat besi perlu diambil. Ini disebabkan jumlah darah dalam badan ibu semakin bertambah bagi menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan.

Badan akan menggunakan zat besi yang tersimpan dalam badan sekiranya ibu kurang mengambilnya dalam diet. Akibatnya, penyimpanan zat besi dalam badan akan berkurang dan boleh membawa kepada anemia.

3) Kalsium

Ibu hamil juga memerlukan kalsium bagi pembentukan tulang dan pertumbuhan gigi bayi terutamanya pada trimester ketiga.

Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Pengambilan kalsium sehari yang dicadangkan untuk ibu hamil ialah dalam dos 1300mg (ibu berumur 14-18 tahun) dan 1000mg (ibu berumur 19-50 tahun).

4) Asid Lemak Perlu

Asid Lemak Perlu seperti asid lemak omega-3 DHA dan EPA juga penting bagi pembentukan otak dan saraf bayi dari peringkat awal pembentukan.

Ikan adalah sumber utama DHA dan EPA tetapi ibu perlu berhati-hati supaya tidak makan terlalu banyak ikan yang mengandungi kandungan merkuri yang tinggi.

Memandangkan omega-3 adalah sangat penting untuk bayi, adalah idea yang baik untuk berbincang dengan doktor sama ada ibu memerlukan suplemen tambahan yang mengandungi omega-3 ataupun tidak.

5) Vitamin D

Vitamin larut lemak seperti vitamin D turut membantu mengekalkan tulang dan gigi yang kuat kerana vitamin D memainkan peranan penting dalam mengekalkan tahap kalsium dan fosforus di dalam badan.

Oleh itu, adalah penting bagi ibu hamil mengambil vitamin D tambahan bagi memastikan tulang yang sihat serta menyediakan bayi dengan vitamin D yang mencukupi bagi beberapa bulan pertama mereka.

Dos yang dicadangkan ialah 200IU vitamin D setiap hari. Sumber makanan terbaik yang mengandungi vitamin D adalah ikan sardin, ikan mackerel, ikan salmon, telur dan daging.

Mama amalkan Set Hamil Shaklee. Cukup memenuhi kesemua keperluan vitamin yang diperlukan oleh seorang bakal mama. Mengandungi Omega, B Complex, Ostemetrix, Vitamin C ,ESP dan juga Vitalea.

Bulan ni kebetulan promosi hebat untuk set hamil shaklee ni. Mesti mama pun tak lepaskan peluang. Jimat RM111.73!

tips cepat hamil

Nak tau tips pengambilan vitamin dan suplemen yang sesuai untuk ibu hamil, nantikan update mama besok ye. Till now, happy reading.

*credit to Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia. 

3604 Total Views 3 Views Today

6 comments for “Perlukah Vitamin & Supplemen Untuk Ibu Hamil?

  1. July 9, 2015 at 3:43 am

    Tak semua nutrien ada dalam makanan harian kita kecualilah kita benih, tanam, baja semua kita buat sendiri. Tambahan sekarang banyak makanan instant, sebab tu perlunya vitamin dan suplemen untuk topup keperluan badan harian.

    • July 9, 2015 at 8:33 am

      Ya betul. Kita rasa dah cukup makan dah tapi tengoklah makanan apa yang dimakan. Untuk bayi kita jugak nanti.

  2. July 10, 2015 at 10:50 am

    memang ibu hamil kena makan makanan berkhasiat dan vitamin. makanan sekarang kita tidak tahu khasiatnya sama seperti dulu atau tidak

    • August 2, 2015 at 4:17 am

      ya betul, itulah pentingnya kena juga amalkan vitamin yang sesuai dengan badan dan keperluan.

  3. July 11, 2015 at 2:00 pm

    biasa kalau pergi klink ibu dan kanak-kanak..mereka akan bagi vitamin c dan asid folik dalam bentuk pil
    Hanafi Abdullah recently posted…Persiapan Terakhir Buat Kuih RayaMy Profile

    • August 2, 2015 at 4:14 am

      ya betul tu..antra vitamin yang doktor akan bagi pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image