Pak Jumat Pemandu Teksi Paling Ramah di Sarawak!

Rahsia anak pemandu teksi belajar hingga ke luar negara

[wpdevart_like_box profile_id=”https://www.facebook.com/pages/SyaiNadia-shoppee/535774763159040?ref=hl” connections=”6″ width=”300″ height=”550″ header=”0″ locale=”en_US”]

Coretan harini berkenaan kisah sungguh memotivasikan diri ni. Rezeki ini mudah jika kita yakin dan menyerahkan diri kepada Allah. Nak tahu rahsia pemandu teksi ni? Untuk perkongsian bersama yang baik dijadikan ikthibar yang buruk jadikan sempadan ye..mudah-mudahan amin..

jemput rezeki

Teksi ni mcama ni mama naik aritu..(itu bukan Pak Jumat)

Kisah pemandu teksi sering dikaitkan dengan kisah-kisah kurang sedap didengar..tapi, alhamdulillah..pengalaman yang mama hadapi sendiri ni cukup menginsafkan diri mama..sebenarnya, mama outstation ke Kuching dua minggu lepas. Projek kali ni melibatkan projek bersama perunding, maka seorang wakil dari ofis sudah memadai. Nak tak nak terpaksa berlepas ke Kuching seorang diri tambahan lagi first time nak jejak kaki di Sarawak ni..tawakal Ya Allah..

Ketika sampai di Kuching, untuk ke hotel hilton mama menaiki teksi. Namun pemandu teksi sedikit kurang mesra. Memang tak bersembang lansung lah..opss ada-ada..masa nak bayar sebab lupa bagikan resit balik kepada pemandu teksi tu. Tapi lain cerita pula pada hari mama nak balik.

Ingat lagi naik teksi eksekutif..mama dah gabra sebenarnya..kena berapa ringgit lah aku harini..sebenarnya, mama dah lama tak naik teksi ni..so tak tau berapa rate tambang sekarang ni..hehehe..

Bebalik kepada kisah Pak Jumat tu..bila mama masuk dalam teksi..

“‘Ässalamualaikum nak”

Wah..berbunga-bunga hati mama menjawab salam Pak Jumat..means senang lah mama nak berborak sikit harini..rupa-rupanya memang friendly sangat-sangat Pak Jumat ni..keramahan Pak Jumat mengingatkan mama kepada abah mama yang ramah dan satu masa dahulu seorang pemandu teksi jugak..banyak topik yang diborakkan..dari cerita isu politik, kerjaya dan akhirnya keluarga..part politik tu mama tak respon sangat sebab malas nak ambik port sangat pasal politik ni..sori lah ye..kerjaya bolehlah cerita-cerita sikit..tapi borak part keluarga tu memang paling rancak berbual.

Berusaha demi anak-anak

Pak Jumat ni memang terlebih ramah tau..dia bekerja sebagai pemandu teksi sepenuh masa sejak 20 tahun yang lalu..agak jauh jugak la dia berulang alik dari rumahnya yang khabarnya 30KM dari kawasan bandar. Setiap hari berulang ke bandar apakan daya itu saja caranya untuk mendapat sesuap nasi demi keluarga..dengan nak bayar sewa teksi lagi..dengan anak-anak lagi..isteri full time housewife plak..memang semuanya memerlukan pitis..setiap hari Pak Jumat akan usaha mendapatkan sekurang-kurangnya RM200 supaya dapat menampung keluarganya..apatah lagi keperluan anak-anak sekarang yang sangat tinggi..

Rezeki Allah Itu LuasPak Jumat cerita lagi yang dia mempunyai 4 orang anak..semua masih belajar..tiba-tiba jadi seram-sejuk dengar cerita..mama ada dua orang anak yang masih belum sekolah ni..risau pulak..tiba-tiba terdetik nak tanya Pak Jumat, anaknya dah kerja ka..sebab kalau tengok dari umurnya sebaya abah mama means mesti anak-anak dah bekerja. Mama pun dengan bersemangatnya tanya Pak Jumat..

”Anak pertama ada di India..final semester Medic..anak kedua dan ketiga juga belajar di UNIMAS..dan anak terakhir Pak Cik belajar di UiTM”‘

Subhanallah!anak-anak Pak Jumat semuanya berjaya kot!berderau darah mama dengar..perit jerih mencari rezeki rupanya dibalas dengan nikmat yang sungguh tak terkata..sesekali mama menjeling jugak cermin pandang belakang..kelihatan air mata kegembiraan dari sudut matanya..sungguh touching perjalanan balik mama petang tu..lagi bertambah touching..Pak Jumat sempat menasihatkan mama agar sentiasa mendoakan kebahagian dan kejayaan anak-anak kerana itulah rahsia yang Pak Jumat amalkan sehingga kini..InshaAllah Pak Jumat..nanti mama turun Sarawak mesti kontek Pak Jumat lah!

Eh cop!tambang yang dikenakan hanyarlah RM30 sahaja! beza RM4 dari teksi biasa masa mama tiba di Kuching..alhamdulillah..rezeki..=)

“Sharing is caring”

************************************************************************
Saya adalah seorang ibu yang gemar berblog. Bermula dengan suka-suka berblog, rupanya hanya dengan blog saya kini mampu menjana pendapatan dengannya. Mengambil keputusan untuk memilih Shaklee kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee, alhamdulillah..empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang.
Jika anda ibu tunggal, ibu bekerjaya mahupun surirumah yang menyimpan niat untuk menjana pendapatan melalui blog dan menjana pendapatan bersama Shaklee sekaligus bersama-sama membantu meringankan beban kewangan suami anda, boleh hubungi saya. Dengan bersama saya, inshaAllah anda mampu menjana pendapatan yang lumayan setanding dengan mereka yang telah berjaya dibawah pimpinan saya. 
 
Sertai dan hubungi saya dengan segera!
13383 Total Views 3 Views Today

12 comments for “Pak Jumat Pemandu Teksi Paling Ramah di Sarawak!

  1. February 25, 2015 at 2:02 am

    hasil rezeki yang berkat..moga kita juga dapat beroleh keberkatan rezeki juga..
    Mak Jemah Jual Vitamin recently posted…Elakkan Berada Di Mesin ATM Semasa Van Safeguard DatangMy Profile

    • February 25, 2015 at 9:36 am

      mudah-mudahan rezeki kita sentiasa diberkatinya..amin

  2. February 25, 2015 at 10:52 am

    fuuhh..

    ada gak ye teksi eksekutif.

    baru la tahu nih..
    titan recently posted…Komisen ke 33-35 dari KlikjerMy Profile

    • February 25, 2015 at 11:05 pm

      mama pun baru tau jugak masa naik tu

      tu pun sebab tulis kat badan teksi haha

  3. February 25, 2015 at 5:01 pm

    Kuncinya rajin dan sentiasa positif. Allah bersama sangkaan hamba-hambaNya 😉
    Akak Vitamin recently posted…Parut Chicken Pox pada orang Dewasa, bagaimana nak cantik semula?My Profile

    • February 25, 2015 at 10:44 pm

      Yakin padanya kan akak..

  4. February 26, 2015 at 5:34 am

    Memang pun.
    Rezeki ada di mana-mana.
    Percaya dan yakin sahaja.
    AZENI AHMAD recently posted…Lempeng Cicah Kari Mengamit KenanganMy Profile

    • February 27, 2015 at 12:23 pm

      inshaAllah..janji kita usaha kan =)

  5. February 27, 2015 at 4:04 pm

    teksi eksekutif ini terhad tetapi tetap ada permintaan.
    ikhwan recently posted…Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di AshadeeMy Profile

    • February 28, 2015 at 12:12 am

      Nasib harga tak berapa beza
      hehe

  6. November 29, 2015 at 4:33 am

    Boleh mintak ctc pak jumat?

    • December 2, 2015 at 4:37 am

      Alamak, masih berminat ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image