Apakah result SPM anda?

Keputusan SPM 2014 diumumkan harini

Tanggal 3 Mac 2015 pasti menjadi tarikh keramat bagi pelajar lepasan SPM 2014..mana taknya tarikh inilah keputusan SPM diumumkan..Seramai 11,289 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2014..alhamdulillah..ramai jugak sepupu mama yang ambik SPM 2014 ni rupanya..hasil daripada khabaran gembira yang diterima daripada Group Tok Jembrang (group salasilah sebelah abah mama)..cemerlang semuanya!

Mengimbau kenangan betul bila dengar result SPM (sebenarnya semua result exam hehe) memang berdebar-debar sangat nak check result..eh, dah check belum result SPM 2014? kalau belum ni cara-cara untuk check result tanpa perlu ke sekolah.

  1. Menggunakan Sistem Mesej Singkat mySMS dengan menaip format penghantaran mesej seperti berikut:
    • Taip SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
    • CONTOH
      • SPM 971403025778 KC007B067 hantar ke 15888
  2. Semakan Secara Online Layari: http://lp.moe.gov.my/semakan

Macamana result?apapun, bersyukur dan redha atas apa jua keputusannya. Bagi mama, tak semestinya yang dapat result gempak akan berjaya dalam hidup segempak resultnya..apapun, kita mesti bertawakal, berdoa dan berusaha ja.

Bebalik kepada cerita SPM tadi, result mama sebenarnya tak lah segempak adik mama..kurang 2A dari adik mama yang bersekolah di SSP tu..walaupun macamtu macam mama cakap tadi, mama memang bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah dipermudahkan mendapat perkerjaan hehehe

RANKING SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 UNTUK SBP DAN MRSM – TOP 10 SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA

Antara yang menjadi perbualan tatkala keluarnya keputusan peperiksaan ni semestinya senarai ranking sekolah terbaik..mama pun kadang-kadang belek juga..nak tengok sekolah mama dulu dah disenarai mana sekarang ni..

SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (SBP) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2015

  1. SM Sains Tunku Munawir (Sains Seremban – SASER)
  2. Sekolah Tun Fatimah
  3. SBP Integrasi Rawang
  4. Sekolah Menengah Sains Alam Shah
  5. SM Sains Kuching
  6. SM Sains Alam Shah
  7. SM Sains Hulu Selangor
  8. Sekolah Seri Puteri
  9. SM Sains Sultan Mahmud
  10. SM Sains Seri Puteri
  11. SM Sains Muzaffar Syah
  12. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)
  13. SM Sains Banting
  14. SM Sains Tapah
  15. SM Sains Kota Tinggi
  16. SM Agama Persekutuan Bentong
  17. SBP Integrasi Gombak
  18. Sekolah Sultan Alam Shah
  19. SM Sains Miri
  20. SM Sains Kuching Utara
  21. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

SEKOLAH TERBAIK SPM 2014 (MRSM) SEKOLAH TERBAIK TAHUN 2015

  1. MRSM Taiping
  2. MRSM Pengkalan Chepa
  3. MRSM Tun Ghafar Baba
  4. MRSM Langkawi
  5. MRSM Tun DR Ismail
  6. MRSM Kuantan
  7. MRSM Kepala Batal
  8. MRSM Pasir Salak
  9. MRSM Tun Mohammad Fuad Stephen
  10. MRSM Pendang
  11. MRSM Alor Gajah
  12. MRSM Transkrian
  13. MRSM Betong
  14. MRSM Gemencheh
  15. MRSM Kuala Krai
  16. MRSM Kuala Berang
  17. MRSM Felda

Apapun, sebenarnya mama nak cakap terima kasih sangat-sangat untuk arwah mak mama..tak sempat mama nak membalas jasanya dengan sepenuh hati..arwah mak banyak berkorban untuk adik beradik mama dalam soal pelajaran ni..rajin jumpa cikgu di sekolah, rajin check kerja sekolah, dan akan ikut sekali ke sekolah ambik result semua exam penting..dan paling penting usahanya menjaga pemakanan kami semua agar otak kami ni semua cerdas dan mudah belajar..dan memang dari kecil lagi kami sekeluarga mengamalkan pengambilan minyak ikan..Inilah antara usaha yang tak pernah putus asa..touching pulak..tapi itulah jasa yang tak terbalas..

Akhir kata, pendapat peribadi mama..tak bermakna kalau result teruk bermakna anda tak kan berjaya dalam hidup..yang penting bangkit dari kegagalan..Bill Gate tu pun pernah gagal tapi sekarang millionaire kot!

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum itu tidak berusaha untuk mengubah nasibnya sendiri

Sharing is caring

~mamanadia~~

8523 Total Views 3 Views Today

8 comments for “Apakah result SPM anda?

  1. March 4, 2015 at 6:57 am

    Teringat zaman sekolah hehe
    Sham recently posted…Promosi Cantik Semulajadi, Kembali Sihat dan Awet Muda Januari 2015!My Profile

    • March 4, 2015 at 6:58 am

      Zaman yang penuh kenangan hehe

  2. March 6, 2015 at 10:09 pm

    teringat masa muda-muda dulu ambil spm..
    ohcikgu recently posted…Mini Giveaway Jom Jawikan Cogan Kata iniMy Profile

  3. March 8, 2015 at 7:18 pm

    tahniah kepada pelajar pelajar SPM semua.
    ikhwan recently posted…Selepas Keguguran Aku Yang KerisauanMy Profile

  4. April 11, 2015 at 4:44 pm

    Yang penting jasa arwah mama terkesan sampai hari ni kepada mama dan anak2 mama, semoga semua mereka menjejaki kebaikan arwah mak mama tu juge nanti..
    KERJA KOSONG TERKINI recently posted…KERJA KOSONG UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANUMy Profile

    • April 11, 2015 at 5:09 pm

      amin..semoga mama mampu jadi seperti arwah…

  5. April 11, 2015 at 4:45 pm

    hoho..

    berapa ye result spm aku dulu..lupa dahh..
    titan recently posted…Sleepless in the NIGHTMy Profile

    • April 11, 2015 at 5:09 pm

      hahaha..SPM bukan segalanya..yang penting usaha dan usaha =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image