Sambal hitam Nieta pembuka selera tatkala sahur

http://mamanadia.com/sambal-hitam-nieta-pembuka-selera-tatkala-sahur/

Salam sayang semua..alhamdulillah melangkah hari ke-11 berpuasa harini. Rasanya sahur dah boleh bukak mata kot sekarang..?tak pe, kalau masih ada yang belum, mama nak share makanan pembuka selera tatkala sahur ni.

sambal hitam

Nampak macam tak sedap, tapi..cubalah try dulu secubit

Rasanya kebanyakkan pembaca blog mama ni tau kot sambal hitam ni. Memang tak nyesal cuba beli walaupun rupanya tak seberapa, tapi memang mengancam la!

Memang marvelos beb! Bertambah-tambah sahur, memang terbuka mata.

Urmm..tapi kan, dalam banyak-banyak sambal hitam yang mama pernah beli..Sambal hitam nieta ni paling mantop la!

Kenapa nak promote sangat sambal hitam nieta punya ni? ya la, belambak kot penjual-penjual sambal hitam ni. Taip ja sambal hitam berjela-jela seller keluar.

Tapi setakat ni, sambal hitam nieta ni memang tiada tandingan. Kenapa?

Apa yang so special sangat sambal hitam nieta ni?

  • mama ada haritu terlepas tempah awal, so ingat ada on the spot. Rupanya takes time jugak kak nieta ni nak sediakan. Mana taknya, kak nieta kupas dan asing sendiri ikan bilis tu yang merupakan antara bahan utama sambal hitam ni. Dah la ikan bilis yang halus dibelinya. Kalau mama, memang surrender.
  • air tangan mama off course tak terlawan, sesuai dengan tagline dia
  • rasa yang cukup2 rasa pendek kata memang tiada komen at all
  • bagi penggemar pedas, sambal hitam nieta ni sangat-sangat memenuhi nafsu makan anda
  • harga dia pulak? harga dia sangat berbaloi-baloi dan didatangkan dalam 2 pilihan saiz. Saiz kecil berharga RM5 dan saiz besar berharga RM10. Pilih mana pilihan anda..

Sebenarnya, mama beli sambal hitam ni spare untuk ke Krabi bulan lepas.  Ya la, takut tak tertelan makanan di Krabi tu. Sejak dari tu lah mama mengenali sambal hitam nieta yang sungguh sedap ni.

Walaupun mama ni tak boleh sangat makan pedas, tapi kesedapannya tu berjaya menangkis perasaan tak boleh makan tu..cewah!

Nak tau bahan-bahan sambal hitam nieta ni?

Hehehe..wajib juga tanya walaupun tak tau bila kerajinan tahap gaban mama untuk mengopek ikan bilis  akan datang kan.. tapi resepi tetap kena tau.

Ini mama kongsikan juga rahsia sambal hitam nieta special buat pembaca blog mama. Ni mama tanya direct dengan chef nieta ye walaupun jawapan awalnya

Ala..tak reti nak share resepi…

Lepas 3 minit pecah jugak rahsia ingredient sambal hitam nieta ni..hahaha

Bahan-bahan sambal hitam nieta

1. Belimbing buluh dan wajib direbus dulu

2. Ikan bilis halus yang dikopek sendiri

3. Bawang merah dan putih untuk menumis

4. Cili padi mengikut tahap kepedasan masing-masing

Jadi, boleh la cuba-cuba jaya ya. Mama wish good luck kepada mama-mama yang tabah diluar sana especially part kopek ikan bilis tu.

Tapi, kalau yang “banyak masa” macam mama ni..mama faham perasaan tu. Meh la order ja sambal hitam nieta ni yok!

pembuka selera, sambal hitam belimbing, air tangan mamap/s: Pengeposan setiap isnin, jadi bolehla plan bila nak dapatkan stok sambal hitam nieta ni ye.

~sweet sharing~

mamanadia

 

4458 Total Views 1 Views Today

18 comments for “Sambal hitam Nieta pembuka selera tatkala sahur

  1. June 28, 2015 at 6:52 am

    wuuuu boleh cuba ni….Apapun Nass ada buat resepi minuman berbuka puasa 60 saat…jengok2 la yee http://nassuna.blogspot.com/2015/06/resepi-minuman-buka-puasa-60-saat.html ada masa tekan la iklan saya..tengah kumpu duit raya ni..huhuhu

    • June 29, 2015 at 3:38 am

      resepi 60saat..?
      Wah ini sudah bagus!
      Orite,inshaAllah mama click heheh

  2. June 28, 2015 at 7:23 am

    tu dia.

    bak sikit sambal hitam tu. semangkuk pun takpe. hehe
    titan recently posted…Himpunan Tips Hartanah Abang EnsemMy Profile

    • June 29, 2015 at 3:39 am

      semangkuk tak cukup nanti heheh

  3. June 29, 2015 at 9:43 pm

    tak pernah try lagi. hehe boleh la soh umi buat pasni
    Uncle Zuan recently posted…Bila Gaji, Beli EmasMy Profile

    • July 2, 2015 at 2:54 am

      heheh

      harus cuba test

  4. July 1, 2015 at 4:46 am

    Dah tengok sambal hitam macam ni…terasa pulak nak makan sambal hitam.Nanti nak suruh isteri masak kat umah la..:-)

    • July 2, 2015 at 2:55 am

      air tangan isteri lagi sedap

      hehehe

  5. July 1, 2015 at 8:41 am

    yang terbaik dari bonda untuk keluarga.
    Dr Fattah recently posted…Download Nota Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    • July 2, 2015 at 2:56 am

      memang betul tu Dr Fattah

      tak sedap pun jadi sedap

      hehehe

  6. July 1, 2015 at 3:39 pm

    sedapnya lama x buat.. lepas ni kena buat!

    • July 2, 2015 at 2:56 am

      sedap sangat

      mama makan sahur ni ja berselera

  7. July 2, 2015 at 5:27 am

    makkk aiii sedapnya nampak…pos satu hehehe

    • July 2, 2015 at 9:37 am

      hehehe

      Demi mak jemah wait and see

  8. S
    July 4, 2015 at 4:42 am

    kalau dapat nasi sepiring pun dah boleh jalan makan terus ni
    S recently posted…Siap! 5 Helai Cara Pantas Jahit Jubah Moden Muslimah Terdesak Dan On TimeMy Profile

    • July 4, 2015 at 6:59 am

      memang win makan ni ja pun dah cukup

      memang jimat

  9. July 5, 2015 at 12:53 am

    Aduuuhhh sedapnya Nad..Dah la memang lama teringin nak makan sambal hitam ni.. Harus cari ni..hihi
    Nor Hafizah recently posted…Motivasi Pagi Prof Dr. Muhaya: 5 Tips Menjadi Isteri yang Bahagia dan MembahagiakanMy Profile

    • July 5, 2015 at 1:03 am

      boleh order dgn nieta ni

      memang mantop!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image