5 Bahan Kimia Dalam Skincare Yang Bahaya Bagi Ibu Hamil

http://mamanadia.com/skincare-yang-selamat-untuk-ibu-mengandung/

Salam hujung minggu buat pembaca mama. Penggunaan skincare semasa hamil ni selamat tak ye?harini mama nak kongsikan tentang skincare ni.

Umum mesti ibu hamil ambil maklum, penjagaan pengambilan makanan yang betul sangat-sangat dititikberatkan lebih-lebih lagi bila hamil ni. Nenas dan air tebu antara makanan yang wajib dielakkan oleh ibu hamil kan.

Selain makanan ni, banyak lagi pantang bagi ibu hamil ni especially dalam penggunaan skincare pun.

Kebanyakkan skincare menggunakan bahan kimia yang mungkin kurang bahaya untuk diamalkan bagi ibu tidak hamil tetapi menjadi bahaya kalau diamalkan ketika hamil.

Selain makanan, antara benda yang mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi checklist mama dalam meniti 7 bulan berbaki ni ialah:

1) Bahan pencuci rumah dan dapur
2) Alatan dan barang kegunaan harian
3) Persekitaran yang tercemar
4) Set pencuci muka yang mama guna tiap-tiap hari dalam bilik air tu!

Dalam banyak-banyak yang mama senarai tu, perkara 1-3 tu mungkin mama jarang-jarang guna. Tapi tidak bagi no 4 tu. Takkan nak nampak tak cantik pulak even berbadan dua ni. Bahaya ooo..

Antara bahan kimia yang selalunya terdapat dalam set penjagaan muka ialah:

1. Paraben – Digunakan sebagai pengawet dalam skincare dan juga deodorant. Selalunya dijumpai pada pesakit kanser payudara. Boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada wanita.

2. Triclosan – Bahan antibakteria sintetik. Merupakan sejenis pestisid dan boleh menyebabkan kanser.

3. Dioxin – Juga adalah bahan antibakteria sintetik. Menyebabkan kanser, melemahkan sistem imun, kerosakan sistem saraf, keguguran, dan kecacatan kelahiran.

4. Benzoyl Peroxide – Banyak terdapat dalam ubat acne atau jerawat. Menyebabkan mutagen, menyebabkan kerosakan DNA dan sel. Merengsakan mata, kulit dan saluran pernafasan.

5. Sodium Lauryl Sulfate (SLS) & Sodium Laureth Sulfate (SLES) – Digunakan dalam pencuci kereta, pencuci lantai, peluntur grease pada enjin dan juga produk kegunaan peribadi yang menghasilkan buih. Menyebabkan kerosakan mata, tekanan, cirit birit, kerengsaan kulit dan lain-lain.

Bolehlah gi check kandungan set penjagaan wajah di bilik mandi tu. Ada tak 5 bahan kimia yang mama senaraikan ni. Kalau ada, tinggal-tinggalkan dulu 9 bulan ni ye.

Tapi..memang dari azali lagi..perempuan dan cantik tidak boleh dipisahkan..Takkanlah tak cuci muka pulak selama 9 bulan ni gara-gara pencuci muka sekarang ada bahan kimia?no no no!

Google punya google, tanya doktor, tanya penjual pencuci muka di pasaran dan rakan taulan berpengalaman tentang skincare yang sesuai dengan ibu hamil ni, akhirnya mama jumpa juga skincare ni. Alhamdulillah.

Selamat, berasaskan tumbuhan dan off-course tanpa bahan kimia. Yang mama suka, berperisa strawberi tau. Rasa macam nak makan plak!lebih suka nampak lebih gebu (suami la cakap..hehehe…)

skincare yang selamat untuk ibu mengandung

Ni la skincare yang mama amalkan sekarang

Orang cakap sharing is caring kan..kalau ada yang nak tau detail set ni mama sharekan.. tapi..InshaAllah malam ni boleh? Sekarang mama nak siap ke open house dulu..kita berjumpa lagi.

mamanadia.

5060 Total Views 2 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image