Tips Penjagaan Kasut Kulit Bantu Kasut Tahan Lasak Lebih Lama

Selamat petang semua..dah biasa kan beli kasut kulit?

Hari ini Kak Nard nak share sikit tips tentang kasut kulit ni.. jom baca 😘

Tips ni Kak Nard dapat dari salah satu butik kasut kulit yang cantik.

TIPS PENJAGAAN KASUT KULIT

1. Lap dan bilas menggunakan air SAHAJA.
Jangan sesekali guna sabun yang panas sebab sifat kulit boleh berubah kerana kesan daripada sabun yang panas.
.
2. Elakkan menggunakan berus ketika membasuh.
Sebaik-baiknya basuh menggunakan kain yang basah sahaja. Ini kerana berus yang kasar boleh merosakkan permukaan kulit.
.
3. Elakkan menggunakan sabun peluntur
Peluntur mempunyai sifat yang tajam dan boleh rosakkan kulit kasut.
.
4. Elakkan mendedahkan kasut di bawah cahaya matahari.
Cahaya matahari yang terik boleh merosakkan sambungan antara kulit dan tapak getah. Jika terlalu lama dedahkan di bawah panas matahari kerana boleh menyebabkan kasut mudah rosak.
.
5. Tempatkan kasut di dalam kotak jika tidak digunakan.
Kasut yang lama tidak dipakai eloklah ditempatkan di dalam kotak bagi mengelakkan kasut dirosakkan oleh serangga dan binatang perosak seperti lipas, tikus dan semut. Lebih terjaga sikit kasut uollss tau.
.
6. Letakkan silica gel bagi menyerap wap air
Silica gel membantu untuk menyerap wap air dari kelembapan, kerana kelembapan suhu menyebabkan kasut mudah berkulat dan rosak permukaan kulitnya. Bila beli kasut, simpan je kotak in case nak guna silica gel ni nanti ok.
.
7. Stokin yang telah dipakai tidak disimpan di dalam kasut
Ha! ini habit yang kena buang. Stokin yang telah lama dipakai jangan letak dalam kasut. Lembapan pada stokin boleh menyebabkan kasut mudah rosak. Selain itu, ini lah satu sebab bila bukak kasut ada bau yang tidak menyenangkan. hehe.

Ok jangan lupa amalkan ok?sayang tau kasut mahal-mahal tak jaga elok =).

486 Total Views 6 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image