TIPS TAMBAH SUSU BADAN

http://mamanadia.com/tips-tambah-susu-badan/

As Salam mommy gojes semua…harini mama nak share tips tambah susu badan untuk menjayakan penyusuan. Sedikit sebanyak tips ni mama amalkan masa tandem nursing dulu.

Selalu kedengaran ibu  yang baru bersalin susu badan yang sikit dan semakin berkurangan. Sebenarnya  ada tips mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut. Ibu2 preggy, bersalin dan ibu2 menyusu..boleh ambik tips ni ye..

 
set menyusu shaklee

1. Kerap menyusu

Perkara yang sangat penting yang perlu diingati oleh ibu-ibu. Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil.
 
Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
 
Yang paling penting, ibu-ibu semua jangan komplen ye bila baby sekejap-sekejap nak menyusu. Kerana ianya sangat bagus utk meningkatkan penghasilan susu. Konsep susu ibu ini based on “demand and supply”. Kalau baby nak menyusu, bagi saja….=)
 

2. Amalan tradisi

Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja.
 
Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, ikan yu dan banyak lagi.
 

3. Makanan herba

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba.
 
Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam.Cara pengambilannya sama seperti halba.
 
Semasa dalam pantang, juga digalakkan untuk mengamalkan minum air halba + kunyit + gula melaka. Bukan saja dikatakan bagus untuk menambah susu badan tetapi juga untuk atasi sakit belakang…=)
 

4. Minum air ikut keperluan

Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Untuk hasil optimum ambillah air masak 2-3liter sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu.
 

5. Posisi yang betul

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doctor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.
 
Bagi ibu-ibu yang mencari supplemen penyusuan, anda boleh mendapatkan supplemen penyusuan Shaklee utk memberikan anda tenaga dan khasiat sepanjang penyusuan susu ibu.

CADANGAN SUPPLEMEN IBU MENYUSU

set menyusu shaklee

1) VITALEA @ MULTIVITAMIN WITH IRON

Untuk memastikan keperluan vitamin dan galian harian dipenuhi. Pada masa kini, pengambilan makanan seharian tidak dapat memenuhi keperluan zat dan vitamin yang diperlukan tubuh.
 
Apa uniknya Vitalea Shaklee ini? Ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
 

2) B-COMPLEX

Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus dan emosi lebih stabil.
 
Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
 

3) VITAMIN C

Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Meningkatkan kadar penyerapan zat besi dalam tubuh.
 

4) ALFALFA

Si Raja Herba, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu.
 
Meningkatkan khasiat dalam susu ibu kerana Alfalfa mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih berlemak.
 

5) OSTEMATRIX/KALSIUM

Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari simpanan tubuh ibu.
 
Jika kalsium ini tidak digantikan maka ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sakit kaki dan belakang, mudah letih dan lesu. Sesetengah ibu akan mengalami kerunduman susu semasa haid, dan ini adalah kerana ibu kekurangan kalsium.

6) ESP – SOY PROTEIN ISOLATE POWDER

Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein.
 
Protein juga diperlukan untuk membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
 
Pengambilan ESP dapat memekatkan susu ibu. Selain itu dapat membantu menahan rasa lapar kerana ibu menyusu akan kerap berasa lapar dan memberi tenaga berterusan.
 
Nak tau cerita lanjut bagaimana mama tandem nursing dua hero mama? hubungi mama harini di 012-5572559.
Happy Breastfeeding Mommies!
 
With love,
Mama Dhiya
(SID:1076601)
~ 012-5572559 ~
757 Total Views 1 Views Today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image