Udang Masak Lemak Cik Abang Sayang

http://mamanadia.com/udang-masak-lemak/

Resepi apa nak masak petang ni? scroll fb petang semalam ternampak udang masak lemak kawan mama sediakan. Walaweh, harini turn mama pulak masak udang ni. Resepi udang masak lemak abang sayang.

Secara jujurnya, mama ni tak lah pandai masak sangat. Bolehla setakat nak masak yang simple. Tapi sebagai seorang isteri dan ibu kepada dua hero ni, takkan lah nak buat tak tau sampai ke tua. Orang kata, air tangan isteri dan ibu ni tiada tandingan.

Ok, mulalah episod mama memborong barang-barang untuk masak di kedai runcit berdekatan rumah. Alhamdulillah, ada stok udang harini. Hati dah berbunga-bunga riang.

Resepi: Udang Masak Lemak Cik Abang Sayang

udang masak lemak cili padi

Bahan-bahan

1. Santan 1bji
2. Minyak (3 sudu besar)
3. Gula
4. Garam
5. Perasa
6. Udang
7. Rebung/nenas etc..
8.1 btg serai diketuk
9. 1 sudu kecik serbuk kunyit
10. Asam keping 2

Bahan kisar

1. 10 biji cabai melaka (ikut tahap pedas)
2. 2 ulas bwg putih
3. 2 bji bwg besar (saiz sedang2)
4. 2 btg serai
5. Kunyit hidup (saiz ibu jari)
6. Halia (1/2 saiz ibu jari)

Dah siap bahan-bahan dan bahan yang perlu dikisar, ini cara untuk mula memasak…

1.Tumis bahan yanag telah dikisar tadi sehingga naik bau
2. Kemudian, masukkan santan dan sentiasa kacau untuk elakkan pecah minyak
3. Masukkan serai,serbuk kunyit dan asam keping
4. Apabila dah mendidiah, masukkn rebung/nenas (mengikut citarasa masing-masing)
5. Boleh masukkn udang,gula,garam dan perasa sesedap rasa
6. Biarkan mendidih sekejap lagi agar udang cukup masak

Nampak pun dah menyelerakan ni hai..sebenarnya, selain masak lemak udang ni..mama suka masak lemak ketam jugak. Memandangkan ketam sold out tadi, so guna la plan B ni. 

Sampai sini dulu perkongsian resepi mama. Nanti mama share lagi resepi simple mama ye.

Selamat mencuba!

1676 Total Views 1 Views Today

2 comments for “Udang Masak Lemak Cik Abang Sayang

  1. July 7, 2015 at 7:23 am

    nyum… nyum… sedapnye. boleh lah cari idea untuk menu berbuka nanti.

    • July 9, 2015 at 8:23 am

      masak jangan tak masak heheh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image