Bakal ayah mengamuk di bilik bersalin kerana doktor lelaki?

Aurat ketika hamil dan bersalin

doktor O&G lelaki
Nak ke bersalin kalau doktor hensem gini sambut kelahiran bayi anda?
Salam dearie..”Abang nak doktor perempuan yang check ayang dan sambut baby kita nanti..”terngiang-ngiang lagi perbualan tu 4 tahun lepas…adakah suami anda juga mementingkan doktor perempuan tatkala pemeriksaan anternatal dan bersalin anda?Ataupun dek kerana terlalu teruja menyambut kehadiran cahaya mata apatah lagi setelah menunggu hampir 5 tahun isu ini tidak penting lagi? Tetapi apa-apaun apabila tiba bab aurat ni, bakal-bakal ibu sila ambik berat. Si suami pula, wajib membimbing dan menegur ye jika masih tidak diendahkan. Habis tu kalau tiada doktor perempuan macamana?Itu yang saya bakal kongsikan harini. Jangan lupa klik baca selanjutnya>>>> di bawah ye.

bersalin normal
Memiliki zuriat sendiri idaman semua ibu dan ayah di dunia

Bagi saya, yang merupakan ibu kepada 2 orang hero ni..pemeriksaan antenatal ataupun pemeriksaan kehamilan ini lebih mudah untuk membuat pemilihan doktor. Ya la, still mempunyai daya untuk mencari doktor perempuan. Yang pastinya di saat kehamilan, stress semasa hamil mesti ada. Yang pastinya, hindari stress tatkala hamil ni daripada berterusan.

Apabila disahkan hamil, cepat-cepat lakukan pemeriksaan antenatal ye. Tak kiralah hospital kerajaan ataupun swasta dan temujanji pemeriksaan ini akan kerap diadakan sehinggalah melahirkan. Ujian imbasan ultra sound pada bahagian abdomen akan dilakukan bagi mendapatkan perkembangan terkini cahaya mata dan dalam kedaan tertentu seperti sukar mengesan kedudukan kantung janin, prosedur imbasan melalui alat sulit perlu dilakukan.
Dalam keadaan sebegini, dahulukanlah doktor perempuan Muslimah bukannya doktor lelaki. Wajib tau suami menjaga aurat isteri walau dalam keadaan mana sekalipun. Suami, silalah temani isteri tercinta tatkala pemeriksaan diadakan suami, mahram atau wanita lain hendaklah menemani especially sang suami. Confirm kasih sayang antara suami isteri lebih berpanjangan.

Berbanding apabila tiba saat melahirkan, tips penting yang perlu diambil berat oleh bakal ayah dan ibu ini boleh diamalkan agar insan yang dilahirkan berakhlak, soleh dan solehah. Dan yang sangat pastinya, bakal ibu mesti akan mula mencari tips melahirkan ya la especially yang bakal melahirkan anak sulung. Mesti hari-hari mula search dan tanya mereka berpengalaman bagaimana menghadapi detik-detik penuh suspend nanti.

Peranan bakal ayah

  1. Suami mainkan peranan anda dengan berbincang dengan pihak perubatan agar isteri dirawat oleh doktor perempuan Muslimah sebaik-baiknya sebelum tiba tarikh due lagi
  2. Jika terpaksa melalui saat kecemasan, suami wajib menjaga dan memelihara aurat isteri ketika di dalam wad, dewan bersalin, bilik pembedahan dan lain-lain dengan menemani isteri.

Peranan bakal mama

  1. Memberi prioriti kepada doktor wanita muslimah untuk pemeriksaan antenatal dan melahirkan.
  2. Membawa teman seperti suami atau sedara perempuan mahram sahaja untuk pemeriksaan.
  3. Membuka tempat yang ingin diperiksa sahaja.
  4. Tegas dengan pihak perubatan bahawa anda inginkan doktor atau jururawat Muslimah sahaja.
  5. Jaga aurat di dalam wad bersalin seperti tidak mendedahkan rambut, memakai baju berlengan pendek, mendedahkan dada ketika menyusukan bayi.

 Apabila bercakap soal kehamilan dan bersalin ni..ramai bakal ibu lebih menitiberatkan soal penjagaan tatkala hamil ja kan..tak nak minum kopi takut anak gelap, sanggup minum berjenis minuman lain untuk kekal sihat dan bayi sentiasa sihat tetapi bila melahirkan tutup semua disiplin penjagaan tatkala hamil dulu.

Masih teringat pesanan tok saya supaya menjaga diri betul-betul tatkala berpantang. Nak servis lama katanya. Kasar bunyinya tapi itulah hakikatnya. Penjagaan diri saya sangatla ketat tak kiralah ketika melahirkan bayi sulung dan kedua. Yang pastinya, saya kongsikan antara penjagaan dalaman yang saya amalkan tatkala berpantang yang sesuai diamalkan oleh semua ibu berpantang.

aurat wanita bersalin

Pengambilan Set Berpantang yang sesuai untuk ibu dan bayi amat penting. Berdasarkan pengalaman saya, pengambilan Set Berpantang Shaklee ketika bayi ke dua sangat berbeza. Membuatkan diri bertambah segar dan susu pun meriah. Alhamdulillah.

Apapun, jangan lupa banyakkan berdoa agar dipermudahkan proses bersalin nanti. Jangan lupa amalkan doa ini ye.

Semoga semuanya dipermudahkan dan sekiranya anda memerlukan cadangan set bersalin atau berpantang yang sesuai untuk ibu dan bayi, anda boleh menghubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan konsultasi. InshaAllah, saya akan meluangkan masa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan membantu anda.
emel : syainadia@gmail.com 
sms/whatsapp : 0125572559
ID Shaklee: 1076601

###############################################################################
Saya adalah seorang ibu yang gemar berblog. Bermula dengan suka-suka berblog, rupanya hanya dengan blog anda juga mampu menjana pendapatan dengan blog anda sahaja. Mengambil keputusan untuk memilih Shaklee kerana melihat potensi yang sangat besar dalam bisnes Shaklee, alhamdulillah..empayar yang saya latih semakin lama semakin berkembang. 
Jika anda ibu tunggal, ibu bekerjaya mahupun surirumah yang menyimpan niat untuk menjana pendapatan melalui blog dan menjana pendapatan bersama Shaklee agar dapat bersama-sama membantu meringankan beban kewangan suami anda, boleh hubungi saya. Dengan bersama saya, inshaAllah anda mampu menjana pendapatan yang lumayan setanding dengan mereka yang telah berjaya dibawah pimpinan saya. 
 

4 comments for “Bakal ayah mengamuk di bilik bersalin kerana doktor lelaki?

  1. November 14, 2014 at 10:19 am

    Teringat satu kisah yang satu pasangan ni start simpan duit awal sebelum mengandung – katanya nak bersalin di private hospital yg dapat confirmkan doktor muslimah 😀

    • November 14, 2014 at 1:22 pm

      Alhamdulillah,memang kita seharusnya berusaha bukan hanya berserah tanpa usaha😊

  2. October 8, 2015 at 4:23 am

    Saya pernah lalui pengalaman yang disebut oleh Amanina. Kami berusaha menabung untuk melahirkan anak pertama di hospital swasta kerana isteri ingin memilih doktor wanita. Semoga lebih ramai Muslimah dapat mempelajari bidang perubatan untuk memastikan doktor muslimah yang lebih ramai dapat dihasilkan.
    azwans recently posted…Petua Dan Rahsia Lima Minit Yang Kita Perlu TahuMy Profile

    • October 18, 2015 at 5:05 am

      Usaha selagi boleh kan..?Allah suka hambanya yang berusaha. Harap jugak ramai doktor muslimah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image