Jeruk Mangga Home Made

Jeruk mangga viral pulak sekarang ni..nampaknya dah tiba pula musim jeruk..dulu musim durian crepe..alhamdulillah, rezeki untuk mereka yang berniaga jeruk ni..bukan setakat jeruk mangga ja, jeruk jambu, kedondong,anggur pun mula dicari sekarang..janji jeruk..tidak kiralah mengidam disebabkan hamil atau tak, penggemar jeruk mesti tak kan lepaskan peluang!harini saya nak kongsikan resepi jeruk mangga ni.
 
Buat sendiri lagi senang, boleh tibai banyak mana suka! Jimat pun super jimat ni haa..tapi dengan syarat buah mempelam atau lain-lain buah tu ada diperkarangan rumah la. Macam mama, arwah mak memang tanam pokok mempelam di depan rumah ni. So, lagilah joli..petik banyak mana suka. Here we go! Inilah terjadinya jeruk mangga homemade harini.

Jeruk mangga home made

Bahan-bahan

 
Mangga – ikutlah berapa yang anda inginkan
Gula – lebihkan jika mangga terlalu masam
Garam – secukup rasa bagi rasa lemak-lemak gitu
Asam boi – ikut tahap kemasamam masing-masing
Cili padi – bagi yang nak bagi rasa pedas-pedas sikit boleh tambah bahan rahsia ni =)
 

Cara-caranya

 
Potong mangga ikut saiz mudah untuk dimakan. Kemudian, masukkan gula, asam boi dan cili padi. Campurkan garam secukup rasa. Gaulkan dan sejukkan jeruk di dalam peti ais 2-3 jam. Dah siap!!!
jeruk mangga
Ni lah hasil home made mangga hasil tangan mama

Wah!senang banget. Macam resepi Ela Eli Along dululah plak kan. Resepi budak-budak pun boleh buat. Tapi dah memang mudah kan, apa nak soal lagi..hehehe..jom buat sendiri Home made mangga ni. Mesti puas hati. Jimat dan boleh makan sepuas hati.

Pesanan penaja: Jangan makan jeruk jika perut kosong ye..Selamat mencuba!

 
 
 

8 comments for “Jeruk Mangga Home Made

  1. October 23, 2014 at 2:57 pm

    Hohoho… memang trending sekarang ni.. kecur air liur nengok..

  2. October 23, 2014 at 4:37 pm

    Ramai plak yang dik buat entry pasal jeruk mangga ni..memang dah jadi trending plak..nasib baik kat johor ni mangga da habis musim..kalau tak boleh cuba buat

    • October 24, 2014 at 9:39 am

      depan rumah ada lagi mangga ni. Nak buat lagi lah! =)

  3. October 24, 2014 at 2:34 am

    wah resepi jeruk mangga lagi…harus cuba sendiri ni. tak tahan tengok, menggoda sangat..hehe

    • October 24, 2014 at 9:39 am

      Buat jangan tak buat. Senang banget!

  4. October 25, 2014 at 4:21 pm

    Fuhh..sana sini orang duk bercerita kehebat dan kesedapan jeruk asam boi ni.

    • October 26, 2014 at 12:45 am

      memang hebat dear, cubalah buat. Senang dan jimat! =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image