Keistimewaan Aidiladha dan ibadah korban│Hari Tasyrik

Keistimewaan Aidiladha dan ibadah korban│Hari Tasyrik

tidak boleh berpuasa pada hari tasyriq

Selamat Hari Raya Aidiladha..masih bercuti ke..?dari semalam dah bermula ibadah korban kan..maka bermulalah gotong-royong melapah daging lembu..istimewa sungguh Aidiladha tidak terdapat pada Hari Raya Aidilfitri. Ibadah korban yang dilaksanakan adalah lambang semangat pengorbanan yang perlu ada pada setiap umat Islam. Jangan lupa untuk mensyukuri nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan sentiasa beringat bahawa rezeki yang dikurniaka hendaklah dikongsi bersama umat Islam yang lain yang kurang berkemampuan.

Dari Nubaisyah al-Hudzali r.a katanya: Rasululluh SAW bersabda, hari-hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijah) adalah hari-hari makan minum (Riwayat Muslim).

Apakah amalan-amalan yang kita boleh lakukan sepanjang hari Tasyrik ni..?Enty saya harini saya kongsikan khas untuk pembaca blog saya.

Mula-mula kita fahami dulu pengertian Hari Tasyriq. Istilah Tasyriq bermaksud matahari terbit. Hari Tasyriq seperti saya nyatakan tadi adalah pada 11,12, dan 13 Zulhijah. Ada juga yang menyatakan bahawa hari Tasyriq meliputi empat hari iaitu Hari Aidil Adha dan 3 hari selepas itu.

Abu Ubaid berkata: “Ada 2 pendapat ulama tentang ajorit penamaan hari-hari tersebut dengan hari Tayriq: Pertama dinamakn Hari Tasyriq kerana kaum muslimin pada hariitu menjemur daging korban untuk dibuat dedeng. Kedua, kerana kegiatan berkorban tidak dilalukan kecuali setelah terbit matahari. (Lisanul Arab,10:17)

Di hari Tasyriq kita dilarang untuk berpuasa. Rasulullah SAW menyebutnya sebagai hari makan minum serta banyai berzikir kepada Allah.

Dari Nubaisyah al-Hudzali  radhiyallahu “anhu bahawa Rasulullah SAW  bersabda

“Hari-hari (berhimpunnya jemaah haji) di Mina adalah hari-hari untuk makan dan minum dan berzikir (Imam Muslim r.a)

Dan dalam riwayat Imam Ahmad bin Hambal:
Sesiapa yang berpuasa (pada Hari Tasyriq) maka hendaklah dia berbuka, kerana sesungguhnya hari tersebut adalah hari-hari untuk makan dan minum.

Allah Taala memerintahkan supaya berzikir dan mengingatinya pada hari Ayyam Ma’dudat sebagaimana sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya hari-hari tersebut adalah hari-hari untuk makan, minum dan berzikir”

Walaupun kita tidak boleh berpuasa pada hari Tasyriq sebenarnya adalah dituntut untuk sentiasa mengingati Allah SWT. ANtara perkara-perkara yang dituntut dilakukan pada Hari Tasyriq adalah

  1. Mengingati Allah ketika solat Fardhu. Tambahan daripada solat fardhu yang kebiasaannya, setiap selesai Solat Fardhu bertakbir sehinggalah akhir hari Tasyriq sebagaimana dilakukan oleh para sahabat. 
  2. Mengingati Allah ketika menyembelih korban yakni dengan membaca bismillah dan bertakbir ketika menyembelih binatang korban. Ini kerana waktu untuk sembelihan hady (bagi yang mengerjakan haji) dan udhiyah (bagi yang tidak mengerjakan haji) boleh dilaksanakan sepanjang hari-hari Tasyriq berakhir. 
  3. Mengingati Allah ketika makan dan minum kerana ketika makan dan minum.
Dari Nubaisyah al-Hudzali radhiyallahu ‘anhu, pula bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ

“Hari Tasyriq adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat Allah.”

(HR. Muslim, Ahmad, Abu Daud, Nasa’i).

4.Mengingati Allah ketika melontak Jamrah, ini untuk mereka yang menunaikan haji =)

5. Mengingati Secara Mutlaq
Mengingat Allah dengan memperbanyakkan takbir secara mutlaq. Disunatkan  untuk memperbanyakkan berzikir pada hari-hari Tasyriq. Sesunguhnya Saidina Umar mengucapkan takbir di Mina di dalam kubahnya (khemah), orang ramai mendengarinya lalu turut mengucapkan takbir maka bergemalah Mina dengan takbir. (HR. Bukhari sebelum hadis no.970)

.

Sesungguhnya Allah SWT berfirman :

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آَبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآَخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ * وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آَتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*

“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia.” (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat. *Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah Kami dari azab neraka.” 

(Al-Baqarah 2: Ayat 200-201)

Sekian perkongsian saya harini, wallahualam..

KESIHATAN TIADA GALANG GANTI. DAPATKAN KUALITI KESIHATAN YANG LEBIH BAIK DENGAN SHAKLEE! SEBARANG PERTANYAAN, BOLEH HUBUNGI SAYA: 
DHIYA HUSSIN 
call/sms/whatsapp 012-5572559 
email:suplement4us@gmail.com 
Fanpage: Young & Healthy Family Store 
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya 
Jika anda ingin membeli produk Shaklee ataupun memerlukan COD sebarang produk Shaklee di area GOMBAK, SENTUL, SELAYANG, KEPONG, UIA, CHERAS DAN CYBERJAYA..boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda tinggal di luar kawasan yang membolehkan saya COD, jangan gusar saya boleh pos ke alamat anda. Poslaju ka ada =) Yang penting rebutlah peluang untuk mendapatkan supplemen dan vitamin hebat ini HARINI!!! 
Konsultasi PERCUMA dan TIPS ISTIMEWA dengan setiap pembelian bersama saya SPECIAL untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image