Outstation time!

Outstation time!Menghadiri Seminar│Jalan-Jalan Cari Makan

Salam sayang pembaca blog saya harini =) Selamat hari isnin..no monday blues ye..bersiaran di Johor Bahru harini..alhamdulillah selamat mendarat di Lapangan Terbang Senai petang semalam. Saya dikehendaki menghadiri forum Towards Major Global Port & Maritime Centre bersempena LPJ Port Week 2014 anjuran Lembaga Pelabuhan Johor di Johor Bahru ni. Sebenarnya, dah lama saya tak outstation lebih dari 200KM ni. Ya la sebab saya masih menyusukan anak walaupun sebenarnya dah sampai time untuk bercerai susu tapi bagus jugak, bos memahami, Tapi ingat-ingat balik paling jauh saya outstation pun tahun lepas bulan Oktober. Wah!baru perasan bulan Oktober adalah bulan outstation saya rupanya hehehe..betul-betul bagi saya rest almaklumla sempena birthday girl Oktober..excited plak nak birthday Khamis ni..=)
fobia tempat tinggi
Dah lama tak naik FireFly..

Saya membuat pilihan untuk menggunakan perkhidmatan FireFly je..sebab dekat dari rumah saya di Gombak. Penerbangan pada pukul 5:20 petang, seawal jam 4:00  petang saya dah sampai di Lapangan Terbang Subang. Just nice sebab saya boleh terus check in sebelum masuknya solat Asar. Alhamdulillah sempat semuanya sebelum boarding pukul 4:40 petang. Semestinya doa dan tawakal sentiasa dipanjatkan bermula semalam lagi agar perjalanan pergi dan pulang adalah selamat. Risau tetap risau.

bercerai susu
Putih seputihnya kiri kanan..terus saya pejam mata sampai tertidur

Terbang dalam 15 minit tiba-tiba nampak permandangan putih macamni..memang tak nampak apa-apa ni. Mungkin biasa bagi anda tapi tak bagi saya. Jerebu yang teruk sangat. Ya Allah hati saya dah berdebar-debar..mula lah nak pikir out of the box. Last sekali saya berzikir dalam hati terus tertidur. Tengah leka tidur, terdengar sayup-sayup..

“Guava or soya Ms..curry puff or nuts?”..hahaha..terkezut den..stewardess rupanya..snack time!

set kurus shaklee
Guava menjadi pilihan dan curry puff..karipap la..

Alhamdulillah 6:30 petang saya selamat mendarat di Lapangan Terbang Senai. Deal baik punya, sepupu saya datang menjemput. Almaklumla keseorangan, mati kutu jugak sorang-sorang nanti. Lagipun dah lama saya tak ke Johor Bahru ni. Last pun 2010 itupun semasa menjalankan Program Talk di Hotel Thistle. Best jugak kalau ada sedara yang sporting macamni..=)

Tiba di hotel pada pukul 7:30 malam, selesai check in terus terbaring..wah, susunan bilik hotel di sini saya rasakan seperti dalam cruise plak. Parah, ni gara-gara saya ternampak promotion untuk naik cruise bulan depan huhu..Tapi memang cantiklah!Lagi-lagi saya di tingkat 14 memang nampak view dari atas..

Cantiknya..cantiknya..

Tengah asyik melihat permandangan,tiba-tiba..perut berkeroncong. Alamak, petanda kurang baik ni. Baik cari tempat makan sebelum gastrik menyerang! Nasib baik sepupu masih ada, boleh temankan saya untuk makan dan mencadangakan menu the best di sini. Akhirnya kami tiba di restoran ni. Sepupu cakap nasi serai dia sedap..Hah! memang nasi serai la saya order.

Menu wajib cuba kalau anda ke Restoran LC Catering Johor

Walaweh! sedap betul hidangan malam ni. Tambah pula dengan air nya yang sedap..Jambut batu masam-manis perghh mengancam..First time saya minum air ni. Lagi best, walaupun nampak ramai order sampai tak sampai 15 minit pun makanan dah siap. Dahla sedap, cepat pulak tu! Jadi kalau turun JB jangan lupa singgah kedai ni. Wah dah jadi host Jalan-Jalan Cari Makan pulak. Bukan dapat sher pun ye, sekadar berkongsi makanan terbaik. Ini alamat kedainya..

LC Catering
No. 340 Jalan Balau 1
 Taman Melodies (Jalan Tebrau)
 80250, Johor Bahru
Johor
(google map)
Ok semua..sampai sini dulu perkongsian saya harini. Ada tak yang sedang mencari rumah untujk dibeli? Nantikan entry saya esok , Rumah Idaman tau. Jom, saya dah nak bersiap sedia untuk sarapan dan ke forum. Jumpa lagi semua..stay tune..assalamualaikum..
CUBA PICIT DI BAWAH NI APA JADI…?
ESP SHAKLEE MUDAH KURUS
NAK LEBIH JIMAT?
NAK LEBIH DISKAUN?
NAK LEBIH CASH BACK?
—–> JADI AHLI SHAKLEE SEKARANG <—–

Mudah sahaja, klik link-link berikut:
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA


Jika anda ingin membeli produk Shaklee ataupun memerlukan COD sebarang produk Shaklee di area GOMBAK, SENTUL, SELAYANG, KEPONG, UIA, CHERAS DAN CYBERJAYA..boleh hubungi saya untuk temujanji. Jika anda tinggal di luar kawasan yang membolehkan saya COD, jangan gusar saya boleh pos ke alamat anda. Poslaju ka ada =) Yang penting rebutlah peluang untuk mendapatkan supplemen dan vitamin hebat ini HARINI!!! Konsultasi PERCUMA dan TIPS ISTIMEWA dengan setiap pembelian bersama saya SPECIAL untuk anda!

suplement4us.blogspot.com

Berminat dan untuk sebarang pertanyaan, HUBUNGI:

 DHIYA HUSSIN
call/sms/whatsapp 012-5572559
email:suplement4us@gmail.com
FanpageYoung & Healthy Family Store
COD :: Gombak, Batu Caves, Sentul, Selayang, Kepong, UIA, Cheras & Cyberjaya


ANDA SURIRUMAH?PELAJAR?PEKERJA TETAP MAHUPUN SEMENTARA YANG MEMERLUKAN PENDAPATAN SAMPINGAN?GEMAR ONLINE? NAK TAK SAMBIL ONLINE JA DAPAT JANA INCOME MUDAH 4-5-6 ANGKA SEBULAN? TIADA MODAL TAMBAHAN, PENDAFTARAN YANG MUDAH & TIADA AGENDA TERSEMBUNYI. PASTIKAN ANDA BERADA DI DALAM BISNES YANG BETUL DAN MENDAPAT KEISTIMEWAAN YANG DIIDAMKAN SEPERTI SHAKLEE. JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE SEKARANG!

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit *

3 comments for “Outstation time!

  1. October 12, 2014 at 11:59 pm

    Wah..saya pun dah lama tak outstation ni. Pastikan stok susu mencukupi dan enjoy your time!

  2. October 13, 2014 at 12:28 pm

    Enjoynya outstation!

    • October 26, 2014 at 12:51 am

      hehehe sekali sekala macam jalan-jalan jugak ni =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image