Sambal Sardin Pedas

 Sambal Sardin Pedas│Sardin│Resepi Sardin

sardin masak sambal
soo yummyyy
Selamat petang semua..huh!penatnya baru balik dari function tadi..lapar la plak..nak masak apa yang simple tapi sedap eh?fikir punya fikir..akhirnya teringat sardin..terus la terliur nak makan sambal sardin pedas! my favorite uollss..jom saya sharekan resepi sambal sardin pedas kesukaan saya..=)shhhhh..resepi ni saya perolehi dari majalah rasa je..sama-sama kita cuba..

Mula-mula ini bahan-bahan yang harus disediakan ye..

    sambal sardin pedas

  1. 1 tin besar sardin..saya suka sardin marina =)
  2. 1 biji bawang merah dan dihiris 
  3. 3 ulas bawang putih dan dikisar 
  4. 2cm halia dan dikisar 
  5. 1 batang kulit kayu manis 
  6. 2 kuntum bunga cengkih 
  7. 2 biji buah pelaga 
  8. 2 sudu makan serbuk cili 
  9. 2 biji ubi kentang dan dipotong dadu 
  10. 1 biji tomato dan dicincang halus 
  11. 1 biji cili merah dan dihiris serong 
  12. Air asam jawa secukupnya 
  13. Garam dan gula secukup rasa 
  14. Minyak untuk menumis 
Ok..cara-cara untuk dimasak pulak seperti di bawah ye..=)
  1.  Mula-mula..seperti biasa panaskan minyak dan tumis sekali kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau. Kemudian, barulah masukkan bawang merah dan tumis sehingga garing.
  2. Bila bawang merah sudah layu, masukkan bawang putih dan halia. Tumis lagi sehingga naik bau.
  3. Lepas tu masukkan cili merah dan ubi kentang. Masak sehingga kentang menjadi empuk.
  4. Seterusnya masukkan serbuk cili dan ikan sardin. Kacau rata dan didihkan seketika.
  5. Haa..tak lengkap kalau masak sambal tak masukkana air asam jawa ye..masukkan air asam jawa secukupnya dan perasakan.
  6. Akhir sekali, barulah masukkan tomato yang telah dicincang. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan
  7. SIAP!!!
Wowiiee..sediap untuk dihidang. Mudah, senang dan ringkas tapi sedap! Memang bertambah saya makan ni. Saya tak risau sangat..sebab Set Kurus Shaklee kan ado..hehe..memang membantu saya mudah kurus tau. Nak cuba? Jom contact saya =) Tips dan jadual makan yang betul akan saya guide secara percuma!

“sharing is caring”

Luv,

pengedar shaklee gombak

PnDhiya Hussin

Shaklee Independent Distributor (ID:1076601)

012-5572559/ suplement4us@gmail.com

2 comments for “Sambal Sardin Pedas

  1. September 29, 2014 at 7:34 am

    uish sedapnya sambal sardin ni. terliur rasa…nak cuba la

    • October 26, 2014 at 1:16 am

      wajib cuba dear. Sedap banget!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

CAPTCHA Image
Reload Image